Ahad, 30 November 2014

Ingat Tak Lagi Azam 2014?

Mengakhiri tahun 2014, saya semakin redha azam saya tak akan tercapai. Dulu, saya berangan-angan nak kahwin pada tanggal 20 disember 2014, serentak dengan ulang tahun saya yang ke-30. Tapi kawan saya pulak yang kahwin pada tanggal tersebut. Yang makin sedihnya, saya tak dapat nak menghadiri majlis perkahwinan mereka pun. Mereka berdua ni, dua-dua rakan cikgu yang mengajar bersama saya. Seorang ketua panita Sains SMK Clifford dan seorang lagi pensyarah kimia di KMSw. Mereka berdua ini adalah antara orang yang paling rapat dengan saya.




Janji saya pada diri saya dulu, saya tak akan cakap lagi tentang kahwin bila usia saya memasukki 30 series. Rasa macam tak logik je saya akan termasuk dalam golongan andalusia...adui..tidak.  Jujur saya katakan, saya rasa, diri saya masih muda, bukan dalam kalangan wanita yang lanjut usia. Bukankah ramai orang yang selalu salah meneka usia saya? Ceh, saya selalu perasan saya kelihatan lebih muda lagi usia....


Menghitung jari, saya akui lebih banyak rakan sebaya saya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Kebanyakkan yang masih bujang hanya menghitung hari meniti hari bahagia. Tapi ada juga dah dah bercerai, dan ada juga yang telah berjumpa cinta teragung. Bukankah jodoh pertemuan dan hidup mati itu ditangan Allah?


Dan tahun ini, tahun dukacita saya. Saya stress dan lebih banyak masa digunakan untuk menggelamun, tidur dan makan. Tahun ini paling kerap saya melayan perasaan. Tidur dan bangun dalam air mata. Baru saya tahu, bila silap percaturan buruk padahnya. Tapi tuhan hanya memberi dugaan pada hambanya yang mampu menghadapinyakan. InsyaAllah, i'll fix what i've done.