Selasa, 4 November 2014

Kisah Seorang Murid Pintar

Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

“Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”



Murid itu menerima pujian dari cikgu.


“Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?”

Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.


“Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf‘M’?”

Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

“Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.


“Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?”

Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”