Ahad, 2 November 2014

Masihkah Ingat pada YM!

Suatu masa dahulu, di sini tempat saya meluangkan masa remaja, mengenali rakan baru, dari Malaysia dan serata dunia. Tapi lama kelama-lamaan, tempat ini makin asing pada saya.Tempat ini saya tinggalkan lalu bersama-sama dengan rakan yang lain, kami mencipta kenangan di tempat baharu.


imej Google

IRC, Yahoo Messenger, Friendster dan Myspace. Banyak memori tercipta di situ. Semasa sekolah menengah dan di universiti, YM menjadi tempat kesukaan saya untuk bersembang secara virtual. Kadang-kadang di sini bertemu rakan baru. Kami berkongsi cerita selama bertahun-tahun, tapi tak pernah berjumpa empat mata.


Dalam ramai-ramai rakan maya yang saya kenali di YM, dua orang rakan sangat berbekas di minda saya. Seorang berasal dari Pakistan, sebaya saya. Saya mengenali dia sejak tingkatan dua dan kami berkawan sehingga universiti. Dia jadi doktor, saya jadi cikgu. Saya tak sangka ukhwah kami terputus, tapi itulah alam cyber, persahatan kami putus kerana kami cuma bertemu di YM. Apabila saya tinggalkan YM, saya tinggalkan dia juga. Mungkin, dia juga tinggalkan saya.


Seorang lagi rakan maya saya orang indon. Tak sangka, saya berkawan dengan orang Indonesia. Sebab pada zaman sekolah, minda saya dah diset untuk tidak berkawan dengan orang indonesia. Takut cinta lombok terjadi pada saya. Persahabatan dengan dia, bukan setakat di YM. Tapi berpanjangan hingga ke Facebook. Kali terakhir dia tegur saya pada bulan April yang lalu.Tapi saya tak sembang dengan dia, sebab waktu tu, waktu kerja, dan saya dalam persediaan untuk masuk kuliah.  Minggu lalu, saya cari dia di Facebook, akaun FB dia dah dinyahaktif, atau dengan kata lain, dia dah tutup akaun FB dia.


Saya sentap, dia tinggalkan FB tanpa bagitau saya.Saya IM di Yahoo. Tapi tiada balasan. Saya rasa kosong. Dia selalu ada semasa saya susah, tapi sekarang dia dah tiada. Dia seorang rakan, yang saya sangat hargai walaupun kami tak pernah jumpa empat mata. 2001 hingga 2014, 13 tahun berkawan dengan dia, kini saya hilang jejak dia. Dan saya sedih. Kesedihan yang berganda.