Isnin, 24 November 2014

Pembukaan Semester 2 Sesi 2014/15



Hari ni hari pertama Semester 2, Sesi 2014/2015. Jadual waktu PdP pensyarah dapat lewat, iaitu semasa punch card. Jadual waktu itu tak sama dengan jadual yang unit cadangkan sebelum semester 1 melabuhkan tirai. Malah 100% berbeza. Saya rasa macam kerja saya selama 3 hari untuk membuat jadual waktu unit sebelum cuti sia-sia sahaja. Saya berusaha untuk memenuhi kehendak semua pensyarah dalam unit saya tapi akhirnya, jadual kami diubah, atas sebab yang tak dimaklumkan. Semasa semester 1 yang lalu, kami juga dapat jadual PdP lewat, tapi tak selewat semester ini. Semester lepas, kami dapat jadual PdP pada malam sebelum hari pertama kuliah melalui whatapps. (^__ ^)


Jujur saya katakan, saya rindu dengan budaya di sekolah lama saya. Pengurusan sekolah bagi jadual waktu awal seminggu, iaitu semasa Mesyuarat Guru Pertama. Malah, kalau nak tahu lebih awal, boleh la menyibukkan diri untuk bertanya pada AJK Jadual Waktu. Bagi jadual waktu awal atau lewat, sememangnya tak akan merencatkan PdP seseorang pendidik itu, sebab beliau sememangnya harus bersedia untuk mengajar bidang kepakarannya. Tapi bagi saya, pengurusan perlu cuba utuk beri lebih awal, kerana ia lebih profesional dan lebih menghargai tanggungjawab seseorang pendidik itu.


Bagi Semester 2, Sesi 2014/15, saya mengajar 9 jam seminggu tanpa berpasangan. 1 kuliah, 2 tutorial dan 1 kelas praktikum, masih lagi mengajar pelajar yang sama seperti semester 1. Untuk semester ini, saya seorang sahaja dalam unit tiada kelas pairing. Pensyarah lain, mengajar secara berpasangan 2 -5 jam seminggu.  Saya mengajar 9 jam seminggu sebab saya adalah Ketua Unit. Polisi kolej ini, Ketua Unit kena mengajar sekurang-kurangnya 7 jam seminggu, manakala Ketua Jabatan mengajar 3 jam seminggu. Pensyarah lain mengajar sekurang-kurangnya 12 jam seminggu.