Rabu, 31 Disember 2014

Dua Kosong Satu Empat

Hari ini 2014 akan melabuhkan tirai. Sepanjang tahun ini, banyak dugaan yang saya tempuhi, banyak kali saya tersungkur dan banyak kali bersedih hati.



Sepanjang tahun ini, saya rindu untuk kembali mengajar ke sekolah. Budaya sekolah dan kekitaan di sekolah dahulu masih lagi menjadi mimpi indah saya. Kalau dipermudahkan, memang saya akan kembali kesekolah. Tapi masalahnya saya perlu bayar semula elaun pemangkuan sepanjang berada di matrik. Bagi saya tak adil untuk seorang pegawai terpaksa bayar balik elaun pemangkuan sedangkan beliau dah menjalankan tugasnya.


Jadi, saya cuba terima ini sebagai ujian yang mematangkan saya. Dugaan juga adalah nikmat. Dan sepanjang dugaan ini, baru saya kenal erti sebenar persahabatan. Sahabat yg akan ada apabila kita susah.



Alhamudillah. Semoga 2015 akan menjadi lebih baik dari tahun ini.