Selasa, 31 Mac 2015

Masalah itu ujian

Apabila masalah tercipta, mengadulah pada Allah. Mohon ditunjukkan jalan keluar dari masalah itu dan diberi ketabahan hati untuk menghadapi masalah ini. Hati yang lara tak akan menyelesaikan masalah. Syaitan sentiasa mencucuk cucuk kita untuk bergaduh sesama sendiri.


Saat dugaan datang bertalu talu, blog atau fb bukan tempat sesuai untuk melepaskan beban hati, tapi di sini, ruang kecil ini, tempat untuk muhasabah diri sendiri.


Mak cakap masalah yang dihadapi ini bukan sebenarnya masalah tapi suatu ujian yang perlu ditempuhi. Lulus atau gagal bukan berdasarkan gred tapi berdasarkan cara kita menempuhi ujian itu dan hasil daripada ujian itu.malah dalam hidup ini, mana pernah sifar dari dugaan. Nabi Muhammad s.a.w lebih teruk diuji berbanding saya ni. Nak naik gua hira' pun saya bermegah megah.




Ya Allah, aku rindu...kuatkan hati ini. Jangan biarkan aku terikat dengan kenangan lampau. Keluarkan aku dari dunia hayalan aku. Berikan aku kemenangan semasa ujian ini.

posted from Bloggeroid

Ahad, 22 Mac 2015

Memborong di Padang Besar

Padang besar terletak di sempadan Perlis dan Thailand. Kalau ke Padang Besar boleh la borong barang-barang buatan Thailand. Contohnya seperti pakaian, periuk, broach, beg tangan tiruan dan barang mainan. Mungkin ada barang jualan yang lain tapi saya tak perasan. Yang paling menarik perhatian saya adalah minifigure lego. Murah sangat, RM4.00 sebuah. Saya borang 6 buah untuk anak sedara. Kalau ikutkan hati nak beli byk lagi sebab saya sendiri pun suka main lego tapi segan dengan kawan-kawan yang lain.





Saya ke Padang Besar bersama-sama dengan peserta Bengkel Kerja Pengurusan Kebajikan Pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah. Penat-penat buat modul, rehat sambil shopping di Padang Besar.

posted from Bloggeroid

Madenjit Singh- 10 finalis Global Teacher Prize

Madenjit Singh- 10 finalis Global Teacher Prize. Global Teacher Prize adalah satu program pengiktirafan kepada guru seluruh dunia anjuran Yayasan Varkey yang disampaikan semasa Forum Pendidikan dan Kemahiran Global di Dubai pada 15 Mac 2015.


Global Teacher Prize


Madenjit berasal dari Malaysia, dan sekarang mengajar salah sebuah sekolah selian SOL 24/7 di Timor Leste.

Beliau menubuhkan sebuah NGO bernama SOL 24/7 (bermaksud Science of Life Study 24/7) pada tahun 2010. Pertubuhan ini menawarkan latihan dua tahun secara percuma kepada belia yang kurang berkemampuan. Setiap pelajar lelaki yang ingin mengikuti latihan di sekolah seliaan SOL 24/7 perlu membawa saudara perempuan atau pelajar perempuan lain sebagai syarat kemasukan bagi memastikan keseimbangan jantina. Setiap pelajar memainkan peranan dalam membina dan mengekalkan sekolah, memasak, mengajar kelas dan menjalankan khidmat masyarakat. Program ini mengajar Bahasa Inggeris, kemahiran komputer, perakaunan dan kepimpinan selain subjek-subjek lain.  Graduan digalakkan untuk mengajar di sebuah sekolah SOLS di negara lain.


Organisasi ini sekarang beroperasi di 185 buah sekolah diperkampungan kecil  di 5 buah negara. Lebih daripada 100,000 belia telah lulus dari sekolah SOLS  24/7. Madenjit dan NGO beliau telah memenangi beberapa anugerah dan telah dijemput untuk berkembang ke negara-negara lain. Madenjit telah diberi penghormatan oleh Pengasas Berjaya Corporation, Tan Sri Dato 'Sri Vincent Tan, dan Malaysia Yayasan yang lebih baik sebagai Personaliti Tahun 2012.


Selain daripada itu, Madenjit telah merekabentuk suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang membantu pelajar tanpa mengira usia untuk membaca,  menulis, bercakap dan memahami asas bahasa Inggeris dalam 3 hingga 6 bulan. Program ini telah diajar kepada 350 guru sekolah awam di Kemboja dan juga di sekolah-sekolah awam di Timor Leste seliaan SOL 24/7



sumber

Nancie Atwell- Pemenang Global Teacher Prize

Nancie Atwell- Pemenang Global Teacher Prize. Global Teacher Prize adalah satu program pengiktirafan kepada guru seluruh dunia anjuran Yayasan Varkey yang disampaikan semasa Forum Pendidikan dan KemahiranGlobal di Dubai pada 15 Mac 2015.


Pemenang Global Teacher Prize


Selain daripada Nancie Atwell rakyat Malaysia Madenjit Singh, pengasas NGO SOLS 24/7 yang beroperasi di lima buah negara  tersenarai sebagai 10 finalis Global Teacher Prize dan Cikgu Yasmin Noorul Amin dari SMK La Salle, Petaling Jaya telah dipilih untuk senarai pendek 50 finalis Global Teacher Prize.




Latar belakang Nancie Atwell

  • Warganegara US.
  • Merupakan pengasas Center for Teaching and Learning yang ditubuhkan pada tahun 1990. CTL adalah  suatu organisasi/falkulti tanpa profit untuk  membangun dan menyebarkan amalan berkesan di bilik darjah.
  • Menulis 9 buah buku  tentang mengajar (dengan pujian dari Sekolah Pengajian Siswazah Harvard Pendidikan), menyunting 5 koleksi buku dan menyampaikan 120 kali ucaptama pada pengajaran beliau.
  • Guru kelas pertama menerima anugerah penyelidikan utama dalam bidang seni bahasa
  • Memenangi anugerah daripada Persatuan Bahasa Moden, Persatuan Membaca Antarabangsa, dan Majlis Kebangsaan Guru Bahasa Inggeris. 
  • Menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Humane dari Universiti New Hampshire pada tahun 2011.

Perkara menarik tentang Nancie Atwell


1. Nancie did not enjoy school when she was a child, saying to a local news station, “No, I was not engaged, I was always reading, they just weren’t the books that were assigned.”

2. She was also the first in her family to attend and graduate from college!

3. She has pioneered the teaching of literature as a reading-writing workshop. As Nancie says, “We have so much to show people about what school can look and feel like.”

4. Her students choose the subjects they write about and the books they read. Each year her students are able to read 40 books on average because the unique classroom design boosts their capacity and stamina. Many of her students have become published authors themselves!

5. The first two editions of her book In The Middle sold half a million copies!

6. She is prolific! She shares, “Since 1976 I’ve written nine books, edited five, contributed more than thirty articles and chapters, produced three DVDs, and composed dozens of blog posts. I’ve delivered 120 keynote addresses, and conducted 140 workshops.”

7. Nancie’s students at CTL sponsored a foster child from El Salvador for thirteen years, until he turned eighteen! Just one aspect of their experience that inspires them to become global citizens.

8. Her CTL history class students are also the first middle school students in the state of Maine who are allowed to participate in the Model UN high school conference.

9. Teachers around the world turn to CTL’s website for inspiration about book purchases for their own students.

10. Nancie will donate the entirety of the prize to the Center for Teaching and Learning to cover its resources, scholarships, and books!



sumber1
sumber2

KATA ALU-ALUAN MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2015


Berikut adalah Kata Alu-aluan Sekolah Tahun 2015 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,YBhg Dato’ Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof  untuk diletakkan dalam majalah sekolah tahun 2015. Kata Alu-aluan ini boleh dimuat turun dari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia atau dicapaian berikut:




Kepada AJK sidang redaksi sekolah, semoga dapat menghasilkan majalah sekolah yang terbaik.



sumber

Sabtu, 21 Mac 2015

Meningkatkan Motivasi Belajar

keep calm and score a chemistry


Meningkatkan motivasi belajar. Mampukah gambar ini meningkatkan motivasi belajar pelajar? Saya harap jawapannya adalah 'Ya" sebab saya berusaha bersungguh sungguh menyediakan image ini untuk diletakkan dalam setiap Persembahan Power Point saya.


Ada lagi tiga minggu lagi sebelum study week. Saya sangat risau dan panik  macam saya yang menduduki PSPM.




.

Pangkalan Data Pelajar Program Matrikulasi

Pangkalan Data Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika di peringkat sekolah, pangkalan data murid disimpan secara online di pangkalan data APDM. Di peringkat program matrikulasi pun masih ada portal yang mempunyai fungsi yang sama dengan APDM. Kami panggil pangkalan data ini sebagai Matriculation Information System, MIS.


cikguzamrud


Setiap kolej matrikulasi mempunyai pangkalan data mereka sendiri, tak seperti APDM, seluruh sekolah di Malaysia berkongsi satu pangkalan data.


mis kmsw



Jika di sekolah, guru-guru kelas yang akan memasukkan data murid ke dalam APDM tapi di bahagian matrikulasi tugas memasukkan data pelajar diserahkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat. Jadi, kami pensyarah matrik, kurang la melakukan tugas kekeranian seperti cikgu sekolah. Syukur alhamdulillah.


MIS kolej matrikulasi


Antara maklumat yang ada dalam MIS adalah keputusan SPM, jawatan/penglibatan kokurikulum di sekolah, penempatan bilik di kolej kediaman, kehadiran kelas dan sebagainya. Aplikasi MIS ini juga disambungkan dengan satu lagi aplikasi iaitu e-S3P (Sistem Pengurusan Pengendalian Peperiksaan). dalam sistem S3P inilah pensyarah memasukkan markah Penilaian Berterusan.


Jenaka Kolej Perubatan


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..


"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.


Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....


"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....




SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!







http://baca-blogspot.blogspot.com/

Rabu, 11 Mac 2015

Raudhah Masjid Nabawi

Raudhah Masjid Nabawi. Sedar tak, dalam banyak-banyak masjid, hanya Masjid Nabawi sahaja yang ada penghuni. Dalam masjid nabawi ada rumah Rasulullah, yang kini menjadi makam Rasulullah. Apabila kita ke masjid nabawi, kita menziarahi Rasulullah di rumah baginda. Sebab tu, ramai jemaah haji dan umrah akan bersungguh-sungguh ke raudhah. Mereka memberi salam kepada Rasulullah dan kadang-kadang menyampaikan salam daripada sahabat handai. Selain itu, raudhah antara tempat mustajab doa.

Raudhah sebenarnya masjid nabawi yang asal. kawasannya adalah antara rumah Rasulullah dan mimbar. Antara rumah baginda dan mimbar ni ada tiang, dinamakan sariah, yang mempunyai simbolik-simbolik tertentu. Sekarang ni, tiang ni berwarna putih, dengan ukuran khat. Tapi pada zaman Rasulullah, tiang tiang ini daripada batang pohon kurma. Daripada luar masjid, kawasan raudhah dapat dikenalpasti daripada kubah hijau.



Bagi jemaah wanita, nak masuk raudhah ada masa tertentu sebab raudhah terletak dalam kawasan solat jemaah lelaki. Kami dikumpulkan di beberapa hentian sebelum dapat masuk ke raudhah. Gambar di atas menunjukkan kawasan terakhir sebelum masuk ke raudhah. Di sini, kita dah boleh memberi salam kepada Rasulullah, sayidina umar dan sayidina abu bakar.

Biasanya jemaah Malaysia, Indonesia akan jadi kelompok terakhir yang masuk ke raudhah. Kalau cuba masuk ke raudhah ikut kelompok lain teruk la kita sebab mereka gemar tolak menolak. Orang Melayu lebih beradab dan susuk tubuh pun lebih kecil daripada bangsa lain. Saya merasa masuk ke raudhah ikut kelompok orang dari India, Pakistan.(saja nak cuba)Petugas raudhah tak perasan. Lagipun hari tu saya pakai all in black. Memang mereka menolak dgn kuat. Tapi bila mereka menolak, saya menyelit ke depan. So cepat je saya sampai ke kawasan raudhah untuk solat sunat.

Saya sebenarnya sangat bersyukur sebab berpeluang masuk ke raudhah dengan orang India,Pakistan ni. Insaf sgt. Mereka sangat menghargai peluang masuk ke raudhah. Jelas sgt mereka doa bersungguh-sungguh, berselawat dan ramai pula yang menangis. Ade yang melambai lambai ke makam Rasulullah. Ada yang berdoa mengadap makam. Patutnya doa mengadap kiblat la kan. Tapi bab menangis la yang saya jadi syahdu...sebab saya tak ada perasaan macam mereka. Tenang je walaupun saya tahu saya bawa banyak dosa. Ya ampun.



17 tahun yang lalu lebih mudah nak masuk raudhah berbanding sekarang sebab tak ade banyak hentian dan masa masa tertentu. Tapi yang bagusnya sekarang tak campur dengan lelaki dan perempuan. InsyaAllah dipanjangkan umur saya akan ziarah lagi makam Rasulullah, raudhah dan masjid nabawi.
posted from Bloggeroid

Selasa, 10 Mac 2015

Doa Jodoh di Jabal Rahmah

Jabal Rahmah adalah sebuah bukit di pinggir Padang Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang dibina sebagai tanda tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Malah di sini Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu terakhir.

Di Jabal Rahmah, jika minta doa jodoh, dikatakan, permintaan dikabulkan. Moga Allah swt mengabulkan doa saya untuk bertemu jodoh secepat mungkin dengan seorang lelaki yang soleh.

Dalam bus yang kami naiki, cuma dua orang je yang sanggup mendaki bukit ni untuk berdoa di Jabal Rahmah, saya dan adik saudara saya je. Yang lain ambil peluang untuk untuk melihat kawasan sekitar. Ada jualan, ada unta berhias untuk bergambar. Tapi kena bayar la kalau nak bergambar dengan unta tu.

Nak mendaki Jabal Rahmah ni, ada tangga disediakan, tapi kami naik bukit tak ikut tangga tu. Kami mendaki bongkah-bongkah batu untuk ke puncak. Penat, tapi puas hati sebab tangga dipenuhi dengan orang dari benua India dan Afrika. Mereka ni suka menolak. Lemas dikelilingi mereka.

Pihak mutawir beri kami masa sejam di Jabal Rahmah. 20 minit kami bergambar sebelum mendaki. 15 minta mendaki ke puncak, 15 min berdoa, menikmati pemandangan dan bergambar (bergambar yg lebih ye). 15 min lagi untuk turun bukit dan kembali ke bus.







Alhamdulillah ni kali kedua saya mendaki Jabal Rahmah. Umrah 1997 dan 2015. Rasanya tak ada perbezaan yang ketara di sini walaupun 17 berlalu berlalu. Kalau korang datang sini, cuba la naik bukit ni. Pemandangan sangat cantik. Saya terbayang saat romantik Nabi Adam bertemu Hawa di sini. Dari sini juga kita boleh nampak keseluruhan padang Arafah, tempat berwukuf semasa haji. Sesekali pergi umrah dan haji , jangan jadikan lautan manusia sebagai halangan untuk mendaki.

Di puncak Jabal Rahmah, ada banyak ruang untuk bergambar, selfie dan wefie...eh... :p tapi yang paling penting, doa. Kalau belum kahwin, doa la dimudahkan urusan jodoh. Kalau dah kahwin, doa la dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.
posted from Bloggeroid

Universiti Awam, UA Ganti IPTA


JOHOR BAHRU - Istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi akan digunakan untuk merujuk universiti awam, sebaliknya akan diganti dengan istilah Universiti Awam (UA) berkuat kuasa serta merta.

Ini diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor (JNCR) hari ini dalam usaha memartabatkan status universiti-universiti awam dalam negara.

Pengerusi JNCR Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, jawatankuasa itu sebulat suara mahu istilah IPTA ditukar kepada UA bagi memberi pengiktirafan status yang lebih berprestij kepada universiti awam.


"Setelah mendapat persetujuan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan baru-baru ini, semua universiti awam yang terdapat di seluruh negara selepas ini akan dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik," kata Kamarudin selepas mempengerusikan mesyuarat JNCR di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.


Pelaksanaan istilah ini akan melibatkan sebanyak 20 buah universiti awam dan lebih 60 Kolej Komuniti dan Politeknik.

Ini termasuk Universiti Malaya, UTM, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Terdahulu, jawatankuasa itu turut memaklumkan penggunaan Penyata Kelayakan Malaysia di kesemua 20 UA.

Kamarudin berkata, penyata itu yang memberi nilai tambah kepada skrol dan transkrip graduan mengandungi maklumat terperinci berkenaan pelajar termasuk kemahiran insaniah yang dimiliki mereka.

"MQS lebih terarah kepada ciri sahsiah yang tidak dinyatakan dalam skrol atau transkrip," kata Kamarudin, yang juga Naib Canselor Unimap.

Ia termasuk penglibatan para graduan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilihat penting untuk mengimbangi graduan dengan pencapaian akademik terutama pada ketika mereka hendak memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke luar negara, katanya.

Mesyuarat JNCR, yang mempunyai empat siri setahun itu, dihadiri 16 Naib Canselor dan Rektor universiti awam.

Siri kedua mesyuarat itu dijangka berlangsung di Universiti Malaysia Sabah Mei ini. - Bernama



copy paste dari sinarharian.com bertarikh 9 Mac 2015

Isnin, 9 Mac 2015

Google Maps Sejingkat



Google Maps Sejingkat ini merakamkan lokasi tempat kerja saya merangkap rumah saya.

Sejingkat sebenarnya sebuah kampung nelayan, berada hampir dengan muara sungai sarawak. Kawasan sekitar kg sejingkat ni telah dinaikkan taraf sebagai kawasan perindustrian sejingkat. Ade satu pekan kecil di sini. Hampir semua keperluan ada di sini kecuali bank. terdapat sebuah kedai makan di sini, Restoran lkhlas yg menjadi kegemaran bagi saya untuk makan pagi sebab ada laksa kok, mee jawa dan roti canai yang paling sedap di Kuching.
posted from Bloggeroid

Ahad, 8 Mac 2015

Menziarahi Masjid Nabawi 17 tahun lalu

Sewaktu kali pertama menunaikan umrah, saya baru tingkatan 1. Umur 12 tahun 5 bulan. Rasa macam dah layak ikut mak bapak pergi umrah sebab dah belajar rukun umrah dan haji semasa kelas pendidikan islam. Solat-solat sunat pun dah belajar. Quran pun dah khatam. Kiranya macam dah cukup la ilmu di dada. Tapi macam-macam drama saya buat, terutamanya semasa di masjid nabawi.

Kami menziarahi madinah sebelum ke mekah. Kami sampai hotel di madinah waktu malam, lebih kurang jam 9 malam. Kemudian mutawir minta kami berkumpul jam 10 malam untuk ke masjid nabawi...malam weh, dalam otak saya yang bijaksana ni, mana ada orang pergi masjid pukul 10 malam. Orang pergi masjid sebelum masuk waktu solat.kul 10 malam, confirm masjid kosong!!! Lagipun penat la nak pergi masjid setelah 9 jam perjalanan udara dari Malaysia dan 5 jam perjalanan darat dari airport jeddah ke madinah. Dan masjid jauh dari hotel.(hotel-hotel yang ada sekarang semuanya baru dibina semula ya) so cuba bayangkan betapa muncungnya mulut saya kena pergi masjid nabawi jam 10 malam dan betapa melopongnya saya melihat ramainya umat Muhammad s.a.w dalam masjid ditengah-malam.

Beberapa hari di madinah dan masjid nabawi saya pelik tengok orang sentiasa solat dalam masjid. Saya tau la mereka solat sunat, tapi lepas subuh dan asar kan tak boleh solat sunat. Rupanya ramai yang ambik kesempatan untuk qado solat di masjid nabawi sebab semua ibadah pahala dilipat gandakan. Kalau di Masjidil Haram, kita boleh solat sunat 24jam. Tak ada waktu larangan....jakun kan saya dulu...

Dulu juga, saya paling suka bila mak ajak pergi minum air zam zam. Dapat jalan-jalan dalam masjid. Masjid kan cantik, lagi cantik dari istana. (macam la saya pernah masuk istana, tapi sampai sekarang pun saya masih lagi berpendapat masjid nabawi lagi cantik dari istana2 kat Malaysia. Tentu la kan, masjid nabawi rumah nabi Muhammad s.a.w.) kalau mak tak ajak ambil air zam-zam, saya tolong ambikkan. Yang penting dapat tawaf dalam masjid. Nasib baik tak sesat sebab masjid sangat besar, terutamanya dari pandangan budak 12 tahun. Tentang air zam-zam ni, saya pelik, kenapa ada air zam-zam sejuk dan tidak sejuk. Mereka simpan air zam-zam dalam peti sejuk ke? Sebab majoriti tong air zam-zam adalah air zam-zam sejuk. Air zam-zam tak sejuk ada sikit je.

Dulu juga, orang berebut-rebut nak solat di raudhah. Jemaah lelaki dan perempuan boleh masuk ke semua kawasan raudhah bila bila masa saja. Berapa "kera masuk kampung" bila saya mengharapkan orang memberi ruang untuk saya solat. Tak de ruang ye. Dah tu, bila saya nak solat je ada orang berdiri depan saya, so macam mana saya nak rukuk dan sujud. Kena tolak lagi ada la.Tapi saya je yang kena hadang, mak saya tak pulak. May be mereka pandang saya sebagai budak kecil. Saya dapat solat bila mak saya bawa saya solat tepi tiang sebab tak de siapa dapat tolak saya... Tiang tiang di raudhah tu, nama amnya, sariah. Nama mak saya sariah. So, mak saya dinamakan sempena tempat mustajab doa. Semoga Allah mengabulkan semua doa mak saya. Tapi disebabkan la budak kecil, saya dapat menyelit untuk melihat makam Rasulullah. Sekarang ni, agak sukar untuk jemaah perempuan untuk melihat makam Rasulullah sebab dinding berlubang untuk melihat makam Rasulullah di bahagian solat lelaki, bukan wanita.

Kenangan dengan bapak tak banyak sangat sebab di masjid nabawi, jemaah lelaki dan perempuan diasingkan. Kami berpisah dan bertemu di pintu pagar semasa pergi balik ke masjid.

umrah andalusia

Menziarahi Masjid Nabawi kali ni, alhamdulillah saya tak buat drama yang bukan2. Tapi saya tetap ambil kesempatan untuk pusing dan bergambar di masjid nabawi. Kenangan paling indah bila dapat pergi ke raudhah sorang-sorang. Takut sebab pergi waktu malam, dan tak ada kawan. Tapi alhamdulillah hajat tercapai dengan mudahnya.
posted from Bloggeroid

Udang galah bakar

Dengan bangganya, udang sepit biru berjaya bertukar merah setelah dua minggu.




Udang galah ni saya beli di serikin dua minggu yang lalu. Harganya RM45.00 sekilo. Murah ke mahal?

Saya tak pernah tengok udang galah sebesar ni, sebab tuu tertarik nak beli. Bila nak beli, tak tau nak masak apa. Daripada carian Internet, bakar paling mudah dan gerenti sedap. Jadi saya bakar je la.

posted from Bloggeroid