Ahad, 8 Mac 2015

Menziarahi Masjid Nabawi 17 tahun lalu

Sewaktu kali pertama menunaikan umrah, saya baru tingkatan 1. Umur 12 tahun 5 bulan. Rasa macam dah layak ikut mak bapak pergi umrah sebab dah belajar rukun umrah dan haji semasa kelas pendidikan islam. Solat-solat sunat pun dah belajar. Quran pun dah khatam. Kiranya macam dah cukup la ilmu di dada. Tapi macam-macam drama saya buat, terutamanya semasa di masjid nabawi.

Kami menziarahi madinah sebelum ke mekah. Kami sampai hotel di madinah waktu malam, lebih kurang jam 9 malam. Kemudian mutawir minta kami berkumpul jam 10 malam untuk ke masjid nabawi...malam weh, dalam otak saya yang bijaksana ni, mana ada orang pergi masjid pukul 10 malam. Orang pergi masjid sebelum masuk waktu solat.kul 10 malam, confirm masjid kosong!!! Lagipun penat la nak pergi masjid setelah 9 jam perjalanan udara dari Malaysia dan 5 jam perjalanan darat dari airport jeddah ke madinah. Dan masjid jauh dari hotel.(hotel-hotel yang ada sekarang semuanya baru dibina semula ya) so cuba bayangkan betapa muncungnya mulut saya kena pergi masjid nabawi jam 10 malam dan betapa melopongnya saya melihat ramainya umat Muhammad s.a.w dalam masjid ditengah-malam.

Beberapa hari di madinah dan masjid nabawi saya pelik tengok orang sentiasa solat dalam masjid. Saya tau la mereka solat sunat, tapi lepas subuh dan asar kan tak boleh solat sunat. Rupanya ramai yang ambik kesempatan untuk qado solat di masjid nabawi sebab semua ibadah pahala dilipat gandakan. Kalau di Masjidil Haram, kita boleh solat sunat 24jam. Tak ada waktu larangan....jakun kan saya dulu...

Dulu juga, saya paling suka bila mak ajak pergi minum air zam zam. Dapat jalan-jalan dalam masjid. Masjid kan cantik, lagi cantik dari istana. (macam la saya pernah masuk istana, tapi sampai sekarang pun saya masih lagi berpendapat masjid nabawi lagi cantik dari istana2 kat Malaysia. Tentu la kan, masjid nabawi rumah nabi Muhammad s.a.w.) kalau mak tak ajak ambil air zam-zam, saya tolong ambikkan. Yang penting dapat tawaf dalam masjid. Nasib baik tak sesat sebab masjid sangat besar, terutamanya dari pandangan budak 12 tahun. Tentang air zam-zam ni, saya pelik, kenapa ada air zam-zam sejuk dan tidak sejuk. Mereka simpan air zam-zam dalam peti sejuk ke? Sebab majoriti tong air zam-zam adalah air zam-zam sejuk. Air zam-zam tak sejuk ada sikit je.

Dulu juga, orang berebut-rebut nak solat di raudhah. Jemaah lelaki dan perempuan boleh masuk ke semua kawasan raudhah bila bila masa saja. Berapa "kera masuk kampung" bila saya mengharapkan orang memberi ruang untuk saya solat. Tak de ruang ye. Dah tu, bila saya nak solat je ada orang berdiri depan saya, so macam mana saya nak rukuk dan sujud. Kena tolak lagi ada la.Tapi saya je yang kena hadang, mak saya tak pulak. May be mereka pandang saya sebagai budak kecil. Saya dapat solat bila mak saya bawa saya solat tepi tiang sebab tak de siapa dapat tolak saya... Tiang tiang di raudhah tu, nama amnya, sariah. Nama mak saya sariah. So, mak saya dinamakan sempena tempat mustajab doa. Semoga Allah mengabulkan semua doa mak saya. Tapi disebabkan la budak kecil, saya dapat menyelit untuk melihat makam Rasulullah. Sekarang ni, agak sukar untuk jemaah perempuan untuk melihat makam Rasulullah sebab dinding berlubang untuk melihat makam Rasulullah di bahagian solat lelaki, bukan wanita.

Kenangan dengan bapak tak banyak sangat sebab di masjid nabawi, jemaah lelaki dan perempuan diasingkan. Kami berpisah dan bertemu di pintu pagar semasa pergi balik ke masjid.

umrah andalusia

Menziarahi Masjid Nabawi kali ni, alhamdulillah saya tak buat drama yang bukan2. Tapi saya tetap ambil kesempatan untuk pusing dan bergambar di masjid nabawi. Kenangan paling indah bila dapat pergi ke raudhah sorang-sorang. Takut sebab pergi waktu malam, dan tak ada kawan. Tapi alhamdulillah hajat tercapai dengan mudahnya.
posted from Bloggeroid