Rabu, 11 Mac 2015

Raudhah Masjid Nabawi

Raudhah Masjid Nabawi. Sedar tak, dalam banyak-banyak masjid, hanya Masjid Nabawi sahaja yang ada penghuni. Dalam masjid nabawi ada rumah Rasulullah, yang kini menjadi makam Rasulullah. Apabila kita ke masjid nabawi, kita menziarahi Rasulullah di rumah baginda. Sebab tu, ramai jemaah haji dan umrah akan bersungguh-sungguh ke raudhah. Mereka memberi salam kepada Rasulullah dan kadang-kadang menyampaikan salam daripada sahabat handai. Selain itu, raudhah antara tempat mustajab doa.

Raudhah sebenarnya masjid nabawi yang asal. kawasannya adalah antara rumah Rasulullah dan mimbar. Antara rumah baginda dan mimbar ni ada tiang, dinamakan sariah, yang mempunyai simbolik-simbolik tertentu. Sekarang ni, tiang ni berwarna putih, dengan ukuran khat. Tapi pada zaman Rasulullah, tiang tiang ini daripada batang pohon kurma. Daripada luar masjid, kawasan raudhah dapat dikenalpasti daripada kubah hijau.



Bagi jemaah wanita, nak masuk raudhah ada masa tertentu sebab raudhah terletak dalam kawasan solat jemaah lelaki. Kami dikumpulkan di beberapa hentian sebelum dapat masuk ke raudhah. Gambar di atas menunjukkan kawasan terakhir sebelum masuk ke raudhah. Di sini, kita dah boleh memberi salam kepada Rasulullah, sayidina umar dan sayidina abu bakar.

Biasanya jemaah Malaysia, Indonesia akan jadi kelompok terakhir yang masuk ke raudhah. Kalau cuba masuk ke raudhah ikut kelompok lain teruk la kita sebab mereka gemar tolak menolak. Orang Melayu lebih beradab dan susuk tubuh pun lebih kecil daripada bangsa lain. Saya merasa masuk ke raudhah ikut kelompok orang dari India, Pakistan.(saja nak cuba)Petugas raudhah tak perasan. Lagipun hari tu saya pakai all in black. Memang mereka menolak dgn kuat. Tapi bila mereka menolak, saya menyelit ke depan. So cepat je saya sampai ke kawasan raudhah untuk solat sunat.

Saya sebenarnya sangat bersyukur sebab berpeluang masuk ke raudhah dengan orang India,Pakistan ni. Insaf sgt. Mereka sangat menghargai peluang masuk ke raudhah. Jelas sgt mereka doa bersungguh-sungguh, berselawat dan ramai pula yang menangis. Ade yang melambai lambai ke makam Rasulullah. Ada yang berdoa mengadap makam. Patutnya doa mengadap kiblat la kan. Tapi bab menangis la yang saya jadi syahdu...sebab saya tak ada perasaan macam mereka. Tenang je walaupun saya tahu saya bawa banyak dosa. Ya ampun.



17 tahun yang lalu lebih mudah nak masuk raudhah berbanding sekarang sebab tak ade banyak hentian dan masa masa tertentu. Tapi yang bagusnya sekarang tak campur dengan lelaki dan perempuan. InsyaAllah dipanjangkan umur saya akan ziarah lagi makam Rasulullah, raudhah dan masjid nabawi.
posted from Bloggeroid