Sabtu, 4 April 2015

Darah O: Pengalaman Derma Darah Kali Pertama

Pengalaman kali pertama saya derma darah ni istimewa sedikit. Tapi jangan disebabkan pengalaman saya ni, korong yang teringin nak derma darah takut pulak. Kes ni, istimewa untuk saya je kot. Kalau orang lain, paling teruk pun, lepas derma darah, sakit kepala je sebab badan kekurangan darah selepas proses menderma. Sakit kepala tu pun kejap je. Tapi biasanya org yang derma darah ni akan menjadi lebih segar sebab byk darah baru dihasilkan.

Kes saya, kolej menganjurkan program derma darah pada 1 April 2015. Saya yang tak pernah derma darah ni pun teringin la nk mencuba. Cari pengalaman baru kononnya. Jadi lepas habis mengajar selama dua jam, saya pun isikan perut dengan breakfast-lunch. Orang kata, tak boleh derma darah kalau lapar. Nnt badan jadi lemah. lepas makan pergi la dewan, tempat derma darah dijalankan. Semuanya berlangsung dengan baik. Hemoglobin cukup. Tekanan darah elok dan saya pun dalam keadaan relaks.

Tapi bila tiba turn saya derma darah nurse tak jumpa salur darah yang sesuai di tangan kanan saya. Salur darah saya sangat halus dan hampir dengan tulang . Tapi mereka cuba jugak dan akhirnya tak berjaya. Lebam tangan kanan saya tu, dan terasa kesan ubat bius. Tapi saya minta mereka cuba tangan kiri pula, sebab saya memang teringin nak cuba derma darah. Tangan kiri saya pun sama, salur darah kecil dan hampir dengan tulang. Tapi mereka jumpa satu saluran darah yang boleh dicuba, tapi salur darah tu sliding. Nurse tu cakap kalau salur darah tu pun tak sesuai maksudnya saya memang tak boleh derma darah. Tapi nasib baik boleh, kalau tak, kiri kanan tangan saya lebam. Proses cari salur darah ni sangat lama, lebih kurang setengah jam dan bukan sorang nurse yang datang, tapi 3\4 orang datang mencari salur darah pada tangan saya ni. proses darah saya disedut berjalan lancar. Misi menderma 450ml darah O berjaya. Bangga la juga sebab darah O kan sangat2 diperlukan. Universal donater katakan. Dan saya penderma darah O yang pertama. Hari tu, total penderma darah O cuma tiga orang, daripada 43 orang.

Dijadikan cerita, lepas derma darah saya PITAM....Haha..Tapi tak de drama jatuh jatuh ye. Nurse yg in charge dah sedar muka saya pucat sangat. Tapi saya rasa ok je. Bila bangun dari katil tempat derma darah ke meja makan, telinga saya denggung yang sangat kuat. Sampai tak dengar apa orang cakap, tapi saya masih dapat jalan dengan elok, dan tak sakit kepala pun....bila dah duduk dekat meja makan ni la saya pitam beberapa saat. Sedar sedar je saya ada balik kt atas katil. Lebih setengah jam saya kena baring kat atas katil. Kena minum air glukosa juga...tak sedap orrr. Dah la tuh, malu kat student, mereka steady je, tapi lecturer pitam. Serik dah saya.

Lepas bangun dari katil tu saya kena rehat lagi di dewan. Sebab telinga saya berdenggung balik. Tapi sikit je. Dan saya tak bagi tau nurse la. Takut nanti kena suruh baring semula. Bila saya rasa betul betul ok, baru la saya balik ke kabin pensyarah dan bercerita la pengalaman pitam...pot pet pot pet. Then kuar mkn lagi...

lepas makan saya naik rumah untuk solat zohor. Rumah saya kan tingkat 4. Naik tangga...time ni saya rasa sangat terseksa. Penat yang luar biasa dan degupan jantung yang sangat kuat. Kuat sangat, paling kuat dalam sejarah hidup saya. Walaupun selepas 10 minit, degupan masih kuat...boleh dengar. Dan saya mula sakit kepala. Risau pitam lagi. Saya keraskan mata, tapi akhirnya saya tertidur...harapnya bukan pitam kali kedua. Sakit kepala tu berpanjangan sampai malam. Dan tangan kanan saya kebas. Wonder why kenapa lama sangat kebas.

Sebelum saya keluar daripada dewan saya sempat tanya pada nurse kenapa saya pitam. Nurse cakap mungkin sebab natural respon dari badan saya. Mungkin juga sebab panas. Mungkin juga sebab takut atau penat. Mungkin sebab tak makan. Tapi saya dah makan, saya tak takut atau penat. Saya dah biasa kelas direct dua jam....mungkin body saya terkejut kot sebab tekanan bendalir dalam badan tak stabil... Telinga saya kan berdenggung.

Seharian badan saya lemah, tapi keesokan harinya saya sihat walafiat. Alhamdulillah. Tapi lepas ni, tak nak dah derma darah lagi. Malu orrr pitam depan orang ramai dan kemudian dapat special treatment. Dah la tuh, salur darah saya tak sesuai sangat.




Gambar ni sebelum derma darah. Sewaktu check jenis darah dan ujian malaria. Kat Sabah Sarawak je yang ade ujian malaria. Di semenanjung tak de.