Isnin, 22 Jun 2015

JADUAL UJIAN UPS SESI 2015/16

Ujian Pertengahan Semester 1 Sesi 2015/16 akan dijalankan dua minggu selepas cuti pertengahan semester (cuti raya) iaitu antara 10 Ogos 2015 hingga 12 Ogos 2015.


muat turun di sini


muat turun di sini

 muat turun di sini



“Accept responsibility for your life. Know that it is you who will get you where you want to go, no one else.”– Les Brown
klik di sini untuk mengetahui Jadual PSPM Semester 1 Sesi 2015/16

Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan Tahun 2015

Pada tahun 2015, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM250,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 13 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
  8. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  10. Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  11. Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (3 Kategori)
  12. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
  13. Pertandingan ‘MySWITCH’ (2 Kategori)

Bagi Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan, berikut adalah maklumat penyertaan.



Kategori Penyertaan


A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

Syarat-syarat penyertaan

  1. Panjang esei tidak melebihi
  2. 300 patah perkataan bagi Kategori A
  3. 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan kategori C
  4. 2,500 patah perkataan bagi kategori D dan E.
  5. Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan ”Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“double line spacing”).
  6. Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
  7. Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
  8. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 3 Julai 2015.
  9. Pelajar yang menghantar esei secara atas talian (online) akan diberikan keutamaan untuk proses penghantaran sijil penyertaan.
  10. Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  11. Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Hadiah Penyertaan


KategoriHadiahWang Tunai
Kategori A. (4 bahasa)Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,000.00
RM750.00
RM500.00
RM100.00
Kategori B dan Kategori C (4 bahasa)Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,500.00
RM1,000.00
RM750.00
RM100.00

Kategori D (2 bahasa)
Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM2,000.00
RM1,500.00
RM1,000.00
RM200.00
Kategori E (2 bahasa)Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM2,500.00
RM2,000.00
RM1,500.00
RM200.00

Tajuk Esei

Kategori A - Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
BahasaKod Tajuk        Tajuk
MalaysiaEAM1Tabiat Kitar Semula Bahan Terpakai.
EAM2Kepentingan Air Kepada Manusia.
EAM3Kepentingan Kebersihan Makanan.
EnglishEAE1Habits of Recycling Used Material.
EAE2Importance Of Water For Human.
EAE3Importance Of Food Hygiene.
中文题目EAC1废物利用的美德
EAC2水对人类的重要性
EAC3食物卫生的重要性
tamilEAT1
மறுசுழற்சி பொருட்கள் பயன்பாடு
EAT2
மனிதனுக்கு நீரின் அவசியம்
EAT3
உணவு சுகாதரத்தின் முக்கியதுவம்.
Kategori B - Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
BahasaKod TajukTajuk
 Malaysia   EBM1
Kebersihan Sungai dan Tanggungjawab Saya.
 EBM2Adakah Menaiki Bas Sekolah Selamat?. Bincangkan. 
 EBM3Langkah-Langkah Jimat Elektrik Di Rumah.
 English   EBE1Cleanliness Of Rivers and My Responsibilities.
 EBE2Is Riding School Bus Safe?. Discuss.
 EBE3Ways To Save Electricity At Home.
 中文题目   EBC1干净的河流与我的责任 
 EBC2试讨论乘搭校巴是否安全      
 EBC3居家省电的方法 
 tamil   EBT1
சுத்தமான ஆறுகளும் என்  பொறுப்பும்
 EBT2
பள்ளி பேருந்து பயன்படுத்துவது பாதுகாப்பனதா ?
  EBT3
எப்படி வீட்டில் மின்சாரம் செமிப்பது?.
Kategori C - Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
 BahasaKod Tajuk Tajuk
 Malaysia  ECM1
Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam Di Malaysia.
ECM2Kempen Jom Bawa Bekal. Bincangkan.
ECM3Pendidikan Pengguna Teras Pembangunan Negara. Bincangkan.
 English  ECE1Suggestions to Improve Public Transportation In Malaysia.
ECE2Let's Bring Lunchbox from Home Campaign. Discuss.
ECE3Consumer Education is Core for National Developement. Discuss.
 中文题目  ECC1如何提升马来西亚公共交通工具
ECC2试谈自行携带便当活动
ECC3消费者教育是国家进步的基础。请探讨
这课题。
 tamil  ECT1
மலேசியாவில் உள்ள பொது போக்குவரத்துகளை முன்னெற்ற ஆலோசனைகள்
ECT2
உணவு பிரச்சாரத்தில் பங்கெடுப்பு
ECT3
பயனீட்டாளர் கல்வியும் மலேசியாவின் தேசிய வளர்ச்சியும்
Kategori D - IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
 Malaysia   EDM1
Bagaimana Mengukuhkan Komuniti ASEAN. Bincangkan.
 EDM2Perubahan Iklim Menggugat Kestabilan Bekalan Air.
 EDM3Penyelesaian Kesesakan Lalu Lintas Di Malaysia.
 English   EDE1Strengthening ASEAN Community. Discuss.
 EDE2Climate Change Threatens The Stability Of Water Supply.
 EDE3Solutions For Traffic Congestion In Malaysia.
Kategori E - Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)   
 Malaysia   EEM1Membina Perpaduan Yang Kukuh Antara Ahli ASEAN.
 EEM2Pemandu Teksi Sebagai Duta Pelancongan. Bincangkan.
 EEM3Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia.
 English   EEE1Building Greater Unity Amongst ASEAN Members.
 EEE2Taxi drivers As Tourism Ambassadors. Discuss.
 EEE3Consumer's Opinion on Malaysian's Public Transport Service.


Untuk maklumat lanjut sila lawati laman ini.


Ahad, 21 Jun 2015

KADAR PINJAMAN PERUMAHAN GURU DAN PEGAWAI KERAJAAN MULAI 2015

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2015 telah dikemaskini dan wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100.00 dimansuhkan.


Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah seperti berikut :

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
 1
8,500 ke atas
                600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00



Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada para 1.5.2, 1.5.3 dan para 3 Lampiran A6 Pekeliling Perbendaharaan PR1.1/2013.


Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS USM KEMASUKKAN SEPTEMBER 2015

Salam sejahtera. Peluang baik untuk semua warga pendidik di Sarawak, Pemohonan kursus Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus Universiti Sains Malaysia Secara Luar Pesisir bagi kemasukkan September 2015 SEDANG DIBUKA sehingga 15 Julai 2015. Pemohonan adalah secara atas talian di laman web IPS USM. Program ini akan dijalankan di Institut Aminuddin Baki, Kuching, Sarawak.


sarjana pendidikan USM di kuching
klik untuk imej besar 


sarjana pendidikan USM di kuching
klik untuk imej besar

Bidang Pengkhususan 

Dua (2) bidang pengkhususan akan ditawarkan:

  1. Pengajian Kurikulum Pengurusan dan 
  2. Pentadbiran Pendidikan 

Calon boleh memilih salah satu daripada dua bidang pengkhususan.

Jangka masa program 

Jangkan masa program ini dijalankan meliputi tempoh masa 2 tahun untuk komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Kuliah dan tutorial adalah secara berkala pada hujung minggu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mengikuti program ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan Pusat Pengajian untuk Sarjana Pendidikan

Calon mesti mempunyai/ memenuhi:

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sekurang-kurangnya dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 2.75 ke atas;
  2. Kelayakan/pengalaman profesional dalam pendidikan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf;
  3. Pengalaman mengajar atau pengalaman yang berkaitan dengan bidang pendidikan sekurang-kurangnya 2 tahun;
  4. Keperluan Bahasa Malaysia yang ditetapkan oleh Senat USM; dan
  5. Keperluan lain yang tertakluk kepada syarat-syarat Universiti.


Struktur Program

Seseorang calon WAJIB mendaftar sebanyak 6 kursus (sejumlah 24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan 3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.

Bahasa Penghantar

Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kursus sedia ada dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan
kursus ini di kampus induk.

Tenaga Pengajar

Pensyarah daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Induk

Yuran

Program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus adalah 4 semester (2 tahun)
Satu semester = RM4,125.00
Empat semester = RM 16,500.00



Untuk maklumat lanjut, klik di sini