Ahad, 14 Jun 2015

Bengkel KBAT di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Kalau dulu, pada tahun 2013 saya adalah Jurulatih Utama KBAT tapi kali ini saya datang sebagai peserta Bengkel KBAT. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak kolej, diadakan di IAB Cawangan Sarawak, dan disampaikan oleh pensyarah IAB itu sendiri. IAB Cawangan Sarawak sangat cantik. Rasa macam pergi kursus di resort. Pemandangan super indah sebab nampak Gunung Santubong. Lagipun ada dua tasik buatan dalam kawasan IAB, banyak ikan pulak tu. Harap-harap nanti, Kampus KMSw lebih cantik daripada Kampus IAB. (^__^)


Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak


Sepanjang satu hari bengkel KBAT, penceramah menerangkan definasi KBAT, kepentingan KBAT, elemen KBAT dan menyentuh sedikit tentang Revised Bloom Taksonomi dan iThink. Ringkas sahaja. Kemudian ada sedikit perbincangan dalam kumpulan tentang cara mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

Disebabkan konsep KBAT ini memang  bidang saya, saya  duduk diam-diam je la. Sambil-sambil tu, uji kreativiti otak sendiri. KBAT jugak la kan, sebab dapat mereka cipta suatu lukisan yang buruk. (^___^). Tapi ada satu perkara baru yang saya belajar dalam bengel ini iaitu ASK. ASK diperlukan untuk memperoleh komunikasi berkesan.
A = Attitude,
S = Skill dan
K = Knowledge. 



Selepas tamat bengkel, kami meronda sekejap. Jalan-jalan di Kampung Buntal. Kampung Buntal dekat je dengan IAB, lebih kurang 10 minit driving. Di kampung buntal ni ada pasar nelayan, esplanade dan homestay. Orang cakap di sini ada restoran ikan bakar yang sedap, tapi kami tak jumpa. Paasar nelayan dan esplanade kami jumpa la. Esplanade besar dan sangat cantik, tak padan dengan kedudukannya ditengah-tengah kampung nelayan. Rasa pelik kejap. Mungkin dibuat untuk menarik pelancong-pelancong yang datang ke Kampung Budaya Sarawak dan Gunung Santubong.




Nak bergambar jugak! Tadi di IAB tak sempat bergambar. Bukan apa, sebagai bukti saya dah sampai ke Kampung Buntal, Santubong, Kuching, Sarawak. Dah tu, berjalan-jalan dengan baju kerja. Tapi macam nilah kehidupan sebagai perantau, kalau boleh nak explore setiap perusuk tempat sebelum pulang ke kampung halaman.