Ahad, 21 Jun 2015

SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS USM KEMASUKKAN SEPTEMBER 2015

Salam sejahtera. Peluang baik untuk semua warga pendidik di Sarawak, Pemohonan kursus Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus Universiti Sains Malaysia Secara Luar Pesisir bagi kemasukkan September 2015 SEDANG DIBUKA sehingga 15 Julai 2015. Pemohonan adalah secara atas talian di laman web IPS USM. Program ini akan dijalankan di Institut Aminuddin Baki, Kuching, Sarawak.


sarjana pendidikan USM di kuching
klik untuk imej besar 


sarjana pendidikan USM di kuching
klik untuk imej besar

Bidang Pengkhususan 

Dua (2) bidang pengkhususan akan ditawarkan:

  1. Pengajian Kurikulum Pengurusan dan 
  2. Pentadbiran Pendidikan 

Calon boleh memilih salah satu daripada dua bidang pengkhususan.

Jangka masa program 

Jangkan masa program ini dijalankan meliputi tempoh masa 2 tahun untuk komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Kuliah dan tutorial adalah secara berkala pada hujung minggu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mengikuti program ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan Pusat Pengajian untuk Sarjana Pendidikan

Calon mesti mempunyai/ memenuhi:

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sekurang-kurangnya dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 2.75 ke atas;
  2. Kelayakan/pengalaman profesional dalam pendidikan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf;
  3. Pengalaman mengajar atau pengalaman yang berkaitan dengan bidang pendidikan sekurang-kurangnya 2 tahun;
  4. Keperluan Bahasa Malaysia yang ditetapkan oleh Senat USM; dan
  5. Keperluan lain yang tertakluk kepada syarat-syarat Universiti.


Struktur Program

Seseorang calon WAJIB mendaftar sebanyak 6 kursus (sejumlah 24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan 3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.

Bahasa Penghantar

Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kursus sedia ada dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan
kursus ini di kampus induk.

Tenaga Pengajar

Pensyarah daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Induk

Yuran

Program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus adalah 4 semester (2 tahun)
Satu semester = RM4,125.00
Empat semester = RM 16,500.00



Untuk maklumat lanjut, klik di sini