Ahad, 14 Jun 2015

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Ambilan Tahun 2016 bagi PPPS

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang memenuhi syarat untuk memohon kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Sarjana sesi 2016.

Iklan penawaran dibuka pada 12 Jun 2015 (Jumaat) sehingga 12 Julai 2015 (Ahad). PPPS yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat dan tatacara permohonan yang disediakan dan seterusnya memohon secara atas talian (online) melalui pautan di bawah :



Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan Pendidikan sebelum atau pada 24 Julai 2015 (Jumaat).

Pemohon bagi pemohonan Hadiah  Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Ambilan Tahun 2016 dibahagikan seperti ketentuan berikut:





Senarai bidang yang ditawarkan pula pelbagai bagi Program Am. Tapi bagi saya dan PPPS dari Bahagian Matrikulasi, bidang yang ditawarkan terfokus kepada bidang options ikhitisas dan mata pelajaran yang kami ajar di kolej matrikulasi.





Saya doakan pemohonan PPPS yang berminat diluluskan. Doakan pemohonan saya juga diluluskan.