Rabu, 15 Julai 2015

Tawaran Biasiswa Sarawak Energy Tahun 2015 Peringkat Sarjana Muda



Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Sarawak Energy Tahun 2015 Peringkat Sarjana Muda.


GENERAL REQUIREMENTS


  • Must not be more than 21 years old at the time of application.
  • Have secured an unconditional offer/admission letter from any of the approved Institutions of Higher Learning in Malaysia;
  • Must not be a recipient of any other scholarship from other organizations or foundations;
  • Strong leadership skills, team player and active participation in extra-curricular activities such as societies and clubs, sports, etc.
  • No other sibling or family member from SEB receiving scholarships from SEB.
  • The applicants chosen institution must be:
  • Public Institutions and Universities in Malaysia;
  • JPA approved Private Institutions of Higher Learning in Malaysia;
  • JPA approved international universities based in Malaysia; and
  • MQA Accredited for Degrees
  • Engineering Degree Programme to be recognise by BEM



ACADEMIC REQUIREMENTS

Strong academic results in the SPM (minimum 7As); or in the STPM (minimum 3A’s & 1B);
Minimum CGPA of 3.0 out of 4.0 or equivalent at Matriculation / Diploma level / Degree level

based on the fields of study as follows:-

  • Engineering Non - Engineering
  • English English
  • Mathematics Malay Language
  • Malay Language Mathematics
  • Additional Mathematics And 4 subjects of choice from following :
  • Physics Additional Mathematics/ Physics/ Chemistry /Biology/
  • Chemistry Principles of Account/ Commerce/ Basic Economics/
  • History History/ eography/ Islamic Education/ Moral Education/
  • Arabic Language/ Tassawur Islam/ Syariah Islam Studies



FIELD OF STUDY

Course to pursue include Diploma and Bachelor Degree.


  • Engineering / Science Subject
  • Electrical Power Engineering, Mechanical Engineering
  • Hydrology
  • Other Engineering field (e.g. Environmental Engineering, Telecommunication Engineering, Civil Engineering etc)
  • Geology, Environmental Science & Management etc
  • Non- Engineering (Others)
  • Safety/ Legal/ Quantity Surveying/ Finance/ Accounting/ IA/ Communications/ IT/ HR/ Arts etc



COVERAGE


  • Academic expenses (tuition and exam fees)
  • Monthly allowance



HOW TO APPLY

Completed application forms and certified copies of documents must to be submitted to:-
Manager,

Competency Training Division,
SEB/SESCO Training Centre,
Jalan Belian, Sungai Biawak,
93450 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-309428
Fax: 082-339879


CLOSING DATE

Closing date for the applications is on 31st July 2015.
Short-listed candidates for interview will be notified via phone call or emails 1 month or later after the closing date.


Click here to download the application form.
Click here to download the application form guidelines.

Isnin, 13 Julai 2015

Memperkenalkan K1T1

Memperkenalkan pelajar tutorial dan praktikal K1T1 bagi semester 1 sesi 2015/2016






Gambar diambil semasa menjalankan amali exp 5, Redox Reaction

Isnin, 6 Julai 2015

PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/17

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/17 telah dibuka. Kepada calon-calon SPM 2015 daripada aliran Sains Tulen, Sains Gunaan, Kejuruteraan dan Akaun, anda semua dipelawa untuk memohon. InsyaAllah, nanti boleh sambung belajar di kolej matrikulasi setelah tamat tingkatan 5. dan seterusnya masuk universiti. Senarai Kolej Matrikulasi boleh dirujuk di sini.

[ klik di sini untuk semakan tawaran ke kolej matrikulasi sesi 2016/17 untuk calon SPM 2015 ]







CARA PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja. Sila klik di sini untuk memohon.



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2015.
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

* Kemaskini: Permohonan ke Kolej Matrikulasi dilanjutkan sehingga 30 November 2015. 


SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2016 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2016 untuk mengetahui status permohonan.



SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.


Selamat memohon. Saya percaya, anda akan mendapat banyak pengalaman berharga apabila menyambung pelajaran di kolej matrikulasi. Klik di sini untuk melihat pelbagai program yang dijalankan sepajang Sesi 2014/2015 di Kolej Matrikulasi Sarawak.

Ahad, 5 Julai 2015

JADUAL PEPERIKSAAN PSPM SEMESTER 1 SESI 2015/2016

Jadual Peperiksaan PSPM Semester 1, Program Satu Tahun (PST), Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

*sila klik untuk besarkan imej*


Untuk memuat turun, sila klik link di bawah:
Program PST:  Jadual PSPM Semester 1 Sesi 2015/16
Program PDT: Jadual PSPM Semester 1 Sesi 2015/16
Program PDT: Jadual PSPM Semester 3 Sesi 2015/16



Kertas Kimia bagi Program PST adalah pada hari Rabu, 28 Oktober 2015. 1 jam untuk kertas 1 dan 2 jam setengah untuk kertas 2. Semoga calon-calon yang bakal menduduki PSPM membuat persiapan yang terbaik dan banyakkan berdoa agar memperoleh keputusan yang cemerlang.

Modul Istilah Kimia (BM)



Modul Istilah Kimia  dalam Bahasa Malaysia dihasilkan oleh Panitia Kimia Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak.





Anda boleh menggunakan modul ini secara online. Tidak boleh dimuat turun.



Terdapat banyak lagi bahan PdP Cikgu Ummi dalam akaun slideshare 
yang boleh menjadi rujukan kepada para pelajar dan para guru.

Download Buku Manual Kajian Tindakan

Kepada warga pendidik yang merancang untuk membuat kajian tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM telah menerbitkan Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Disember 2008.





Cikgu-cikgu boleh memuat turun Buku Manual Kajian Tindakan di sini:





Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan. Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Kepentingan guru melaksanakan penyelidikan ke atas pengajaran dan pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu:

...Guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak
bergantung kepada penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat
inovasi atau penyelia. Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat,
bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar bilik darjah boleh memberi
khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk
mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap
strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan
eksperimen supaya mereka dapat mengkritik kemahiran-kemahiran mereka
bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme. Perbuatan
sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan diri dengan
penyelidikan bilik darjah.

Selain daripada Buku Manual Kajian Tindakan, cikgu-cikgu boleh merujuk Power Point yang disediakan oleh PPD Kuala Selongor bertarikh 3 November 2011untuk penerangan yang lebih mudah dan ringkas.





Selamat berusaha dan semoga berjaya menghasilkan kajian tindakan yang bermafaat.

Sabtu, 4 Julai 2015

Orang Berilmu

Orang berilmu,
bukanlah mesti belajar sehingga Phd,
bukanlah mesti merantau ke luar negara,
bukanlah mesti berpengalaman berpuluh tahun,
bukanlah mesti pandai berhujah,
bukanlah mesti berpangkat besar,
bukanlah mesti kaya hartanya.


Orang berilmu,
tidak menyalahkan, tapi membetulkan,
tidak meminta, tapi memberi ikhlas,
tidak menunjuk, tapi merendah diri,
tidak mengarah, tapi memimpin.


Orang berilmu,
sentiasa mencari ilmu,
sentiasa berkongsi ilmu,
sentiasa mengamalkan ilmunya,


Orang berilmu,
terpancar dari auranya.
terdengar dari tutur katanya,
terlihat dari tingkah lakunya,
terukir dari senyumannya,





Cikguzamrud
4 Julai 2015
Pustaka Negeri Sarawak




Jumaat, 3 Julai 2015

JADUAL PENTAKSIRAN PT3 TAHUN 2015

Berikut adalah jadual pentaksiran PT3 bagi tahun 2015. PT3 adalah pentaksiran yang dijalankan kepada murid tingkatan 3 bagi mengantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahun 2015 merupakan tahun kedua PT3.



Kaedah Pelbagai Instrumen
Geografi: 21 Jun - 3 Julai 2015
Sejarah: 5 - 16 Julai 2015

Kaedah Lisan
Bertutur: 4 - 28 Ogos 2015
Mendengar (BM): 11 Ogos 2015
Mendengar (BI): 12 Ogos 2015

Kaedah Bertulis
12, 13 & 15 Oktober 2015



Kaedah bertulis meliputi pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazanduzun, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan  Pendidikan Islam,

DERMASISWA KEPADA PELAJAR MATRIKULASI

Dermasiswa untuk pelajar matrikusi. Taniah kepada adik-adik yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi. Selain daripada wang saku yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia, adik-adik juga boleh memohon dermasiswa daripada agensi seperti yayasan negeri. Dapatlah meringankan sikit beban kewangan ibu bapa adik-adik.






Berikut adalah beberapa yayasan negeri yang dermasiswa kepada pelajar matrikulasi.


Perak


Institusi Penaja :
Yayasan Perak
Jumlah dermasiswa :
RM300
Keutamaan/Syarat : 
Pendapatan Ibubapa kurang RM3000.00 sebulan
Rujukan: 
http://www.yayasanperak.com.my/pelajarIPTA.php
Borang Pemohonan: 
http://www.yayasanperak.com.my/borangDermaSiswa.pdf



Sarawak


Institusi Penaja : 
Yayasan Sarawak
Jumlah dermasiswa : 
RM500-RM1000
Keutamaan/Syarat : 
(i) Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
(ii) Geran antara RM500.00 - RM1,000.00 tertakluk kepada kelulusan berdasarkan                       pendapatan perkapita keluarga untuk sekali sepanjang pengajian sahaja.
Rujukan : 
http://www.yayasansarawak.org.my/index.php?do=biasiswa
Borang Pemohonan : 

http://yayasansarawak.org.my/docs/2014_form/06_Borang_HiED.pdf



 Selamat memohon.

Khamis, 2 Julai 2015

Strategi PLC

Salam sejahtera dan Salam PLC (^__^). Tentu di sana sini tengah berusaha untuk menjadikan Profesional Learning Comunity (PLC) sebagai budaya di sekolah anda. Kami di sini pun sama. Tapi kami di sini mungkin bermula agak lewat berbanding sesetengah sekolah dah bermula sebelum tahun 2013.





Kami di Kolej Matrikulasi Sarawak diberi taklimat oleh pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki. Selepas taklimat, macam biasa la, perlu diaplikasi dan setiap aktiviti perlu didokumentasikan. Secara peribadi, saya lihat PLC memang dah dibudayakan dalam sistem pendidikan Malaysia, cuma tidak didokumentasikan. 

Berikut adalah strategi-strategi PLC. Jika masih belum laksanakan, mari kita laksanakan. Semoga kemahiran PdP meningkat dan dapat menghasilkan pelajar dengan keputusan yang cemerlang.



Dialog Refektif (Reflective Dialogue)


Strategi PLC
Deskripsi
Menggunakan Protokol Perbincangan
(Using Discussion Protocols)
Mesyuarat bulanan untuk membincangkan artikel mengenai pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
(Sebagai contoh : Protokol Teks Empat A)
Kelab Buku
(Book Clubs)
Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau buku setiap bulan.
Kumpulan Belajar
(Study Groups)
Belajar atau berbincang suatu topik yang khusus. Sebagai contoh, kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian tentang minda.
Kritikan Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru.
(Gunakan kaedah placemat)


Perkongsian Amalan (De-privatization of Practice)


Strategi PLC
Deskripsi
Jelajah Pembelajaran
(Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/ Instructional Coaches)
Memerhatikan pengajaran guru lain secara sistematik  dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle). 
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.  
Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.


Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid


Strategi PLC
Deskripsi
 Analisis Data
(Data Analysis)
Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola atau tema agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza
Pemetaan Kurikulum
(Curriculum Mapping)
Membangunkan peta kurikulum mengikut topik, standard dan aktiviti untuk setiap mata pelajaran untuk dijadikan panduan instruksi serta untuk berkongsi dengan murid dan ibu bapa.
Pentaksiran Serentak
(Common Assessments)
Guru yang mengajar dalam tahun atau tingkatan yang sama menyediakan pentaksiran serentak yang diselaraskan dengan standard dan indikator. Misalan dalam bidang kurikulum
Kumpulan Rakan Kritikal
(Critical Friends Groups)
Menggunakan protokol untuk mengkaji dan membincangkan hasil kerja murid (sebagai contoh SLICE – lihat  www.nsrfharmony.org untuk protokol)


Kolaboratif (Collaboration)


Strategi PLC
Deskripsi
Pasukan Melintang & Menegak
(Horizontal and Vertical Teams)
Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau tingkatan untuk perancangan bersama. Di samping itu mengendalikan mesyuarat
mengikut panitia agar koordinasi dan kesinambungan antara tahun dan tingkatan dapat dicapai.
Induksi Guru Baharu/Pementoran
(New Teacher Induction/Mentoring)

Memastikan sokongan dan panduan berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi untuk staf baharu dalam profesion atau organisasi
Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang
(Interdisiciplinary Units and Projects)
Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan mata pelajaran.

Kumpulan Penyelesai Masalah
(Problem Solving Groups)
Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincangkan suatu masalah. Seorang
guru member
deskripsi tentang suatu masalah.
Guru-guru yang lain pula
meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan.


Norma dan Nilai Dikongsi Bersama


Strategi PLC
Deskripsi
Aktiviti Visi
(Vision Activity)
Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran masa depan organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun dari sekarang?

Panduan Berasaskan Prinsip
(Guiding Principles)
Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan

Aktiviti Nilai
(Value Activities)
Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untuk membincangkan nilai organisasi.

Strategi & Tradisi yang Dikongsi Bersama
(Common Rituals and Strategies)
Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang dikongsi bersama agar dapat menumpukan fokus dan mengukuhkan matlamat serta sasaran   Sebagai contoh, meraikan kejayaan dan peningkatan prestasi secara kerap.   


Selamat berPLC!