Khamis, 2 Julai 2015

Strategi PLC

Salam sejahtera dan Salam PLC (^__^). Tentu di sana sini tengah berusaha untuk menjadikan Profesional Learning Comunity (PLC) sebagai budaya di sekolah anda. Kami di sini pun sama. Tapi kami di sini mungkin bermula agak lewat berbanding sesetengah sekolah dah bermula sebelum tahun 2013.





Kami di Kolej Matrikulasi Sarawak diberi taklimat oleh pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki. Selepas taklimat, macam biasa la, perlu diaplikasi dan setiap aktiviti perlu didokumentasikan. Secara peribadi, saya lihat PLC memang dah dibudayakan dalam sistem pendidikan Malaysia, cuma tidak didokumentasikan. 

Berikut adalah strategi-strategi PLC. Jika masih belum laksanakan, mari kita laksanakan. Semoga kemahiran PdP meningkat dan dapat menghasilkan pelajar dengan keputusan yang cemerlang.



Dialog Refektif (Reflective Dialogue)


Strategi PLC
Deskripsi
Menggunakan Protokol Perbincangan
(Using Discussion Protocols)
Mesyuarat bulanan untuk membincangkan artikel mengenai pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
(Sebagai contoh : Protokol Teks Empat A)
Kelab Buku
(Book Clubs)
Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau buku setiap bulan.
Kumpulan Belajar
(Study Groups)
Belajar atau berbincang suatu topik yang khusus. Sebagai contoh, kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian tentang minda.
Kritikan Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru.
(Gunakan kaedah placemat)


Perkongsian Amalan (De-privatization of Practice)


Strategi PLC
Deskripsi
Jelajah Pembelajaran
(Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/ Instructional Coaches)
Memerhatikan pengajaran guru lain secara sistematik  dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle). 
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.  
Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.


Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid


Strategi PLC
Deskripsi
 Analisis Data
(Data Analysis)
Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola atau tema agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza
Pemetaan Kurikulum
(Curriculum Mapping)
Membangunkan peta kurikulum mengikut topik, standard dan aktiviti untuk setiap mata pelajaran untuk dijadikan panduan instruksi serta untuk berkongsi dengan murid dan ibu bapa.
Pentaksiran Serentak
(Common Assessments)
Guru yang mengajar dalam tahun atau tingkatan yang sama menyediakan pentaksiran serentak yang diselaraskan dengan standard dan indikator. Misalan dalam bidang kurikulum
Kumpulan Rakan Kritikal
(Critical Friends Groups)
Menggunakan protokol untuk mengkaji dan membincangkan hasil kerja murid (sebagai contoh SLICE – lihat  www.nsrfharmony.org untuk protokol)


Kolaboratif (Collaboration)


Strategi PLC
Deskripsi
Pasukan Melintang & Menegak
(Horizontal and Vertical Teams)
Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau tingkatan untuk perancangan bersama. Di samping itu mengendalikan mesyuarat
mengikut panitia agar koordinasi dan kesinambungan antara tahun dan tingkatan dapat dicapai.
Induksi Guru Baharu/Pementoran
(New Teacher Induction/Mentoring)

Memastikan sokongan dan panduan berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi untuk staf baharu dalam profesion atau organisasi
Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang
(Interdisiciplinary Units and Projects)
Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan mata pelajaran.

Kumpulan Penyelesai Masalah
(Problem Solving Groups)
Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincangkan suatu masalah. Seorang
guru member
deskripsi tentang suatu masalah.
Guru-guru yang lain pula
meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan.


Norma dan Nilai Dikongsi Bersama


Strategi PLC
Deskripsi
Aktiviti Visi
(Vision Activity)
Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran masa depan organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun dari sekarang?

Panduan Berasaskan Prinsip
(Guiding Principles)
Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan

Aktiviti Nilai
(Value Activities)
Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untuk membincangkan nilai organisasi.

Strategi & Tradisi yang Dikongsi Bersama
(Common Rituals and Strategies)
Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang dikongsi bersama agar dapat menumpukan fokus dan mengukuhkan matlamat serta sasaran   Sebagai contoh, meraikan kejayaan dan peningkatan prestasi secara kerap.   


Selamat berPLC!