Selasa, 18 Ogos 2015

Cara Mudah Mencari Jurnal Pendidikan Malaysia

Dimana nak cari jurnal pendidikan? Kalau tak jumpa jurnal macam mana nak buat proposal untuk master dan PhD. Nak buat kajian tindakan pun susah. Kalau pelajar-pelajar pendidikan, perlukan jurnal untuk buat tugasan kan.




Jom cuba cara mudah untuk mencari Jurnal Pendidikan Malaysia.


Cara 1 :
1. Jika tajuk kajian anda lebih memfokuskan kepada pendidikan di Malaysia, gunakan enjin carian google Malaysia,  google.com.my.

2. Gunakan kata kunci. Jika tajuk kajian anda : Motivasi Guru ke atas pencapaian pelajar.
Gunakan kata kekunci : "Motivasi", "pencapaian pelajar".

3. Tentukan jenis fail. Letakkan .pdf atau .docx dalam kotak carian anda. Maka hasil carian anda akan lebih diperkecilkan kepada bahan-bahan berkaitan.


Cara 2 :
Terus ke laman web e-jurnal tempatan seperti berikut:

Jurnal Pendidikan Malaysia (UKM)
MyJurnalMalaysia (Pendidikan)
Jurnal Pendidik & Pendidikan (USM)
Jurnal Pendidikan Islam
Jurnal Pendidikan (MyAIS)
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Jurnal Teknologi Maklumat & Teknologi Pendidikan (IPG Tun Hussien Onn)
Seminar Nasional 2013 (IAB)
Penerbitan IAB


Cara 3:
Gunakan Google School. Tulis kata kunci atau tajuk  dalam bahasa melayu atau tulis dalam bahasa Inggeris, diikuti dengan perkataan Malaysia.


Selamat mencuba!

Isnin, 17 Ogos 2015

5 Perkara Pelajar Harap daripada Seorang Cikgu

Selalunya apabila saya masuk ke kelas, saya harap pelajar dah bersedia untuk belajar. Bawa alat tulis, buku tutorial dan bahan rujukan. Mesti, dan pastinya, pelajar telah menyiapkan tutorial dan tugasan yang diberikan. Mereka juga sudah buat ulangkaji untuk kuliah terdahulu.


Tapi saya dah lupa apa yang saya inginkan daripada seorang guru sewaktu jadi seorang pelajar dahulu. Bila fikirkan balik, saya nak cikgu saya terima saya seadanya, pengajaran yang ringkas, tidak marah, sindir atau membebel. Yang paling saya suka, kalau saya rasa kelas tu, sekejap sahaja...maksudnya tidak membosankan.





Berikut adalah 5 Perkara Pelajar Harap daripada Seorang Cikgu:

  1. Saat-saat Kagum
  2. Memahami Dunia Pelajar
  3. Kepercayaan
  4. Sedikit Jenaka
  5. Persekitaran Bertenaga


Semoga kita menjadi pendidik yang lebih baik (^__^)


Sabtu, 15 Ogos 2015

Aktiviti Kolej Matrikulasi Sarawak Sesi 2015/16

Sesi 2015/16 dimulakan dengan Minggu MPPB. Pensyarah-pensyarah bersemangat untuk mengajar pelajar baru. Para fasilitator bersedia memberi bimbingan pada junior mereka. 



Pelajar yang mendaftar pada MPPB seramai 50++ orang sahaja. Lebih sedikit daripada jangkaan. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami semua.




Sebulan selepas MPPB, mulalah pilihanraya kolej dan diikuti dengan Majlis Lantikan JPP. Semoga JPP yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.



Tips Mudah Elak Mengantuk Dalam Kelas



  1. Niat untuk belajar. Mulakan dengan bismillah dan doa. Set otak untuk fokus untuk belajar dalam kelas.
  2. Minat. Meminati semua subjek dan pensyarah yang mengajar.
  3. Minum. Berdasarkan kajian saintifik, otak manusia memerlukan 80% air. Kita berasa menngantuk sebab oksigen kurang disalurkan ke otak, walaupun hidung kita tidak berhenti bernafas. Namun bila meminum air, bendalir badan akan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.
  4. Makan asam. Asam yang masam menyebabkan deria rasa kita berfungsi dan muka kita akan berkerut melawan rasa masam jadi mengantuk boleh hilang
  5. Aktif dalam kelas. Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalu bertanya atau memberi pandangan.
  6. Cukup tidur. Menurut kajian, pelajar memerlukan tidur 6 ke 8 jam. Tidurlah lebih awal dari pukul 10pm hingga 6am.


                 

  7. Keluar sekejap. Selepas cuba menahan mengantuk tetapi masih gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta. Sila pergi ke tandas dan basuh muka.
  8. Duduk di depan. Bila duduk depan sekali dan berdekatan pensyarah, kebarangkalian nak mengantuk tu kecil.
  9. Buat senaman ringkas. Bila buat senaman ringkas ini maka badan dan otot kita akan bergerak. Jadi segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon dalam badan untuk kembali cergas
  10. Pandang sekeliling dan elemen hijau. Jangan asyik fokus pada satu tempat dan hanya pandang muka pensyarah atau screen. Disarankan agar pandang lah sekeliling atau elemen hijau untuk hilangkan rasa mengantuk.
  11. Urutan bahu dan bahagian belakang. Suruh kawan yang duduk di sebelah urutkan bahu dan belakang. Namun jangan sekali-kali mengurut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tidur lebih lena.
  12. Cuba meminati semua subjek: Jangan benci subjek dan pensyarah yang mengajar. Bila ada perasaan benci, sudah pasti nak tidur dan lelap saja dalam kelas.



    Mudah je la lawan rasa mengantuk.
    Selamat belajar!



Most Plausible Cyanate ion NCO-

Let us consider the case of cyanate ion NCO-



Step 1: Draw skeletal structure
The central atom will be the C atom since it is the less electronegative.
Connect the atoms with single bonds.


Step 2: Calculate the valence electron

Carbon: 4e  x 1   = 4e
Oxygen: 6e x 1   = 6e
Nitrogen: 5e x 1 = 5e
charge -1            = 1e
Total                  = 16e


Step 3: Complete the octet.
Complete the surrounding atom then, the central atom.
The carbon do not have enough electron. So, move the lone pair electron to become bonding pair electron. 


Step 4: Considering formal charge, identify the most plausible structure






So, the 1st structure is the most plausible structure. This is because negative formal charge at the most electronegative atom (oxygen).


Now, try to identify most plausible Lewis structure for NCS-



Rabu, 12 Ogos 2015

Siapa Galileo Galilei?


Galileo Galilei lahir pada tahun 1564. Beliau adalah Bapa Fizik Moden dan Bapa Astronomi Pemerhatian Moden. Beliau adalah pencipta kepada teleskop.


Galileo Galilei adalah seorang ahli falsafah yang terkenal. Salah satu kata-kata beliau memberi kesan kepada pendidikan sains:


"You cannot teach a man anything. You can only help him discover it within himself."
Galileo Galilei

Nak mengajar sains, kena banyak buat aktiviti supaya mereka boleh discover sesuatu teori itu melalai pengalaman, bukan daripada teks book.



Isnin, 10 Ogos 2015

POGIL : Proses Pembelajaran Inkuiri Terbimbing




Kali pertama saya dengar tentang POGIL apabila kawan saya cadangkan tajuk ini untuk kertas cadangan untuk HLPS. POGIL adalah singkatan Process-Oriented Guided-Inquiry Learning.


POGIL is a team-based, active-learning technique that attempts to engage student’s by having them do activities designed to help them master material and develop skills in learning, communication, problem-solving, working with others, and self-assessment of learning.



POGIL attempts to help students develop skills in the learning process as well as master content; hence the process-oriented portion of the name. It does this by having students work in learning teams that follow instructions guiding them through exploration of a topic, solving a problem, or creating an artifact is accounts for the guided-inquiry learning part of the name.








Ahad, 9 Ogos 2015

Apakah Genarasi Selain Generasi Y?

Kita selalu mendengar orang berbicara tentang generasi Y. Tapi tahukah kita siapa generasi Y dan apakah generasi lain selain daripada generasi Y. Don Tapscott dalam bukunya ‘Grown Up Digital’ telah membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:


1. Pre-Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A





1. Pre Baby Boom

Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.



2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)

Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “Baby Boom” ataupun “Baby Boomers” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.



3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Gen X

Selepas era “The Baby Boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “The Baby Bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “The Baby Boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.



4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Gen Y

Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an. Generasi Y lebih gemar untuk berkerja secara berkumpulan, hands-on dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka lebih tertarik kepada pembelajaran yang interaktif, kreatif, menarik dan 'di luar kotak'. Mereka cekap menggunakan teknologi,



5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Gen Z

Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Mereka  celik IT dan terdedah kepada teknologi maklumat dan internet seawal usia bayi lagi.




LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 DAN LIRIK : SEHATI SEJIWA

Tajuk lagu tema Hari Kemerdekaan 2015 adalah Sehati Sejiwa. Tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada didalam menghadapi bencana serta musibah yang melanda negara.






Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa


Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Penulis lirik:Siso Kopratasa & Yuri Edris
Komposer:Muhammad Yuri Edris.
Penyayi:Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus)






Selamat Hari Merdeka!
Merdeka ke-58

Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu Ahad dulu, Sabtu Ahad Sekarang

Sabtu dan Ahad dulu,
Lepas solat, online sekejap,
Buka blog, buka FB,
Buka pintu, buka tingkap,
Semoga rezeki mudah masuk.


Sabtu dan Ahad dulu,
Sarapan dengan mak dan bapak,
Roti cicah kuah, roti canai,
mee goreng, bihun goreng, kewtiau goreng,
nasi goreng, nasi lemak, nasi lemudi,
pulut dan sambal.
Ketayap, karipap dan tepung talam,
seri muka pelengkap menu.


Sabtu dan Ahad dulu,
Makan tengah hari dengan mak dan bapak.
Walaupun menu ringkas, tapi sedap.
Nasi putih, ikan goreng, ikan kari, ikan tempoyak,
ayam goreng, ayam bakar, ayam kurma,
sayur campur, sayur goreng
udang dan sotong goreng tepung.
sambal tempoyak, sambal belacan dan sambal kicap.
Makan malam dengan mak dan bapak
Walaupun menu sama, tapi menyelerakan.


Sabtu dan Ahad dulu,
Makan petang dengan mak dan bapak,
sukun goreng, pisang goreng,
roti bakar, roti sandwich,
karipap, pau dan keropok,
kadang-kadang hanya teh dan biskut.
sambil makan, sambil tengok tv.


Sabtu dan Ahad dulu,
membeli belah dengan mak dan bapak,
Kadang-kadang di pekan kuala je,
tapi sekali sekala ke Ipoh dan Taiping.
Tesco, Gaint, Mydin, Jusco, The Store, Kedai 1Malaysia,
Kedai Runcit PSA, Pasar Mini Kuala Kangsar dan Pasar Mini Seri Kawan,
kami datang memborong barang


Sabtu dan Ahad dulu,
bila menonton tv, banyak rancangan yang menghiburkan,
bila buka blog, banyak yang hendak ditulis
bila membaca buku, banyak cerita yang menarik


Tapi Sabtu dan Ahad sekarang,
rancangan tv tidak menghiburkan,
tiada idea utuk menulis blog,
membaca akan melelapkan mata.


Saya rindu rumah,
rumah saya di kuala kangsar
tempat mak dan bapak sentiasa menanti saya pulang.
dan ketika saya menulis entri ini,
mak call saya,
macam tahu saya sedang teringatkan mereka...


Baca seterusnya: Petang dahulu, Petang Sekarang







Kelebihan Sesi Soal Jawab

Rupa-rupanya, pelajar suka apabila diberi peluang untuk bercakap dalam kelas!



Many quite students have told me they are grateful that I insist on their speaking, it's a welcome relief, they say, to know that they must speak, that I respect them enough to assure them the time and spoke they need to do so.
(Dalke, 2002, p.66)



Lepas ni, boleh la memperbanyakkan lagi sesi soal jawab dalam kelas.






Sebelum Syawal berakhir, saya ingin ucapkan,


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin








Selasa, 4 Ogos 2015

Lewis Structure for Iodate ion, IO3-

Let us consider the case of  IO3- :


Step 1: Draw skeletal structure
The central atom will be the I atom since it is the less electronegative. 
Connect the atoms with single bonds:


Step 2: Calculate the total valance electron

Iodine: 7e  x 1   = 7e
Oxygen: 6e x 3 = 18e
charge -1           = 1e
Tatol                 = 26e

Step 3 : Complete the octet.
Complete the surrounding atom then, the central atom..
Iodine is element from period 5. It can form expended octet.


Lewis structures for IO3-
Figure 1: Lewis structures for IO3-. The iodine atom is not restricted to an octet. Double bonds may be generated from the oxygen lone pairs so that to minimize charge separation.


make sure that you draw [   ] for each of lewis structure because it is anion.


Ahad, 2 Ogos 2015

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2015



Tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2015 adalah Sehati Sejiwa


Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.


Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.




WAJAH SEHATI SEJIWA


Sertai Wajah Sehati Sejiwa dengan hantarkan selfie beserta pandangan "Apa yang anda faham mengenai tema Hari Kebangsaan 2015 - Malaysia ‪#‎SehatiSejiwa‬"?


Hantarkan selfie dan pandangan anda ke Twitter dengan hashtag ‪#‎WajahSehatiSejiwa‬ atau ‪#‎WSS15‬.
Mana tahu, selfie dan tweet anda mungkin dipaparkan pada skrin LED gergasi sewaktu Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 nanti.



LAGU TEMA #SEHATI SEJIWA

Bagi mendapatkan lagu tema dan lirik Hari Kebangsaan, silalah klik di sini


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





Sabtu, 1 Ogos 2015

Senarai Laman Web Kolej Matrikulasi KPM



Berikut adalah senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.


Institusi/ AlamatTelefon/ FaksE-mel/ Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
E-mel:kmm@kmm.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmm.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
E-mel:info@kmns.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmns.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
E-mel:info@kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmpp.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
Tel:04-9868613,
04-9868614,
04-9868615,
04-9868616
Faks:04-9868542,
04-9868543


E-mel:info@kmp.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.


Tel:087-465311,
087-465314
Faks:087-466500
E-mel:
adminkml@kml.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.


Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj@kmj.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449,
05-3594600
Faks:05-3594412,
05-3594413


E-mel:info@kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info@kmk.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmk.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612,
09-5498996
E-mel:info@kmph.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmph.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:
admin.kmtk.matrik@1govuc.gov.my
Laman Web:
http://www.kmtk.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
E-mel:
admin@kmtph.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmtph.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629,
07-6881630
Faks:07-6881631,
07-6882720
E-mel:info@kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmtj.matrik.edu.my




Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:
webmaster@kms.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kms.matrik.edu.my



Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:
webmaster@kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmkt.matrik.edu.my


Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.


Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin@kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:
http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.


Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info@kmkulim.edu.my
Laman Web:
http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250,
04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:
sysadmin@kmknerang.edu.my
Laman Web:
http://www.kmkn.edu.my


TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) Julai/Ogos 2015



Murid Lepasan PT3 Tahun 2014 dipelawa untuk mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia/Apprenticeship Ambilan Julai / Ogos 2015 di Kolej Vokasional seperti berikut

(Sila hubungi Kolej Vokasional berkaitan untuk maklumat lanjut):


BIL
NEGERI
KOLEJ VOKASIONAL
NO TELEFON
KURSUS
  1.  
PERLIS
KOLEJ VOKASIONAL KANGAR
04-9760471
  • AUTOMOTIF-SERVIS SELEPAS JUALAN (TP-300-2:2013)
  1.  
KEDAH
KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
04-9666454
  • PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 1
04-4428972
  • OPERASI PEMESINAN (MC-050-2:2012)
  1.  
PULAU PINANG
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
04-8666229
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)
  • PEMASANGAN & TROUBLESOOTING PERALATAN ELEKTRONIK (EE-021-2:2012)
  1.  
PERAK
KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN
05-6227322
  • KOORDINATOR LANDSKAP (LE-010-2/LSC2
  • JURUTEKNIK LADANG POLTRI (AF-060-2)
  • PEMBANTU LADANG RUMINAN (AF-060-2)
  • JURUTEKNIK AKUAKULTUR (Hatceri) (AF-033-2)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL TAIPING
05-8839371
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL GRIK
05-7916288
  • TUKANG PAIP & KUMBAHAN (PNS2)
  • PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM (MC-024-3:2012)
  1.  
SELANGOR
KOLEJ VOKASIONAL KLANG
03-33234507
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC-SATU FASA (ME-020-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)
  • OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
03-31871246
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC –SATU FASA (ME-020-2:2012)
  1.  
WP KUALA LUMPUR
KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
03-41495578
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC –SATU FASA (ME-020-2:2012)
  1.  
N.SEMBILAN
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
06-6137463
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)
  • PEMASANGAN & TROUBLESOOTING PERALATAN ELEKTRONIK (EE-021-2:2012)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH
06-4981572
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC –SATU FASA (ME-020-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA
06-6851218
  • PEMBANTU LADANG RUMINAN (AF-060-2)
  • JURUTEKNIK LADANG POLTRI (AF-071-3:2015)
  • JURUTEKNIK AKUAKULTUR (Hatceri) (AF-033-2)
  1.  
JOHOR
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
07-9433103
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC –SATU FASA (ME-020-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL MUAR
06-9512212
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
07-77201402
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC –SATU FASA (ME-020-2:2012)



  1.  
KELANTAN
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
09-9653023
  • PEMASANGAN & TROUBLESOOTING PERALATAN ELEKTRONIK (EE-021-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)
  1.  

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
09-9542055
  • PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)
  • PEMBUATAN ROTI (HT-013-2:2011)
  • PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (TA-011-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
09-7198622
  • OPERASI PERUNCITAN (JABATAN) (DT-010-3:2014)
  1.  
TERENGGANU
KOLEJ VOKASIONAL BESUT
09-6979379
  • OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2:2012)
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA (EE-320-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
09-8593178
  • PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM (MC-024-3:2014)
  1.  
PAHANG
KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
09-2225466
  • OPERASI PERUNCITAN (JABATAN) (DT-010-3:2014)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
09-4146622
  • OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2:2012)
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA (EE-320-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH (KUALA LIPIS)
09-3227955
  • PERALATAN PENYAMANAN UDARA HVAC-SATU FASA (ME-020-2:2012)
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP:300-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
09-2995330
  • PEMBANTU LADANG RUMINAN (AF-060-2)
  • JURUTEKNIK LADANG POLTRI (AF-071-3:2015)
  • JURUTEKNIK AKUAKULTUR (Hatceri) (AF-033-2)
  • PENGELUARAN MAKANAN (AF-018-3:2014)
  1.  
SABAH
KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
087-217011
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP-300-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
089-213350
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP-300-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU (PERTANIAN)
089-884957
  • PEMBANTU LADANG RUMINAN (AF-060-2)
  • JURUTEKNIK LADANG POLTRI (AF-071-3:2015)
  • JURUTEKNIK AKUAKULTUR (Hatceri) (AF-033-2)
  • OPERASI MEKANISASI KELAPA SAWIT (RB-082-2:2012)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
089-713384
  • PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)
  1.  
SARAWAK
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
083-472160
  • OPERASI PEMBUATAN PERABOT (RB-050-2:2012)
  • AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP-300-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
086-251436
  • PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL SIBU
084-322260
  • PEMASANGAN & TROUBLESOOTING PERALATAN ELEKTRONIK (EE-021-2:2012)
  • PERKHIDMATAN ESTETIK (MP-060-2:2013)
  1.  
KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
082-251716
  • PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)

  1.  
KOLEJ VOKASIONAL MIRI
085-431121
  • PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM (MC-024-3:2012)

  1.  
WP LABUAN
KOLEJ VOKASIONAL LABUAN
087-461970
  • PEMASANGAN & TROUBLESOOTING PERALATAN ELEKTRONIK (EE-021-2:2012)
  • PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK-SATU FASA (EE-320-2:2012)
  • JURUBINA BANGUNAN BERASASKAN KAYU (A-020-2)

*Kursus yang ditawarkan tertakluk kepada pindaan di Kolej Vokasional berkaitan.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kolej Vokasional berkaitan.
*Tarikh kemasukan dan kekosongan tempat bergantung kepada Kolej Vokasional berkaitan.