Selasa, 18 Ogos 2015

Cara Mudah Mencari Jurnal Pendidikan Malaysia

Dimana nak cari jurnal pendidikan? Kalau tak jumpa jurnal macam mana nak buat proposal untuk master dan PhD. Nak buat kajian tindakan pun susah. Kalau pelajar-pelajar pendidikan, perlukan jurnal untuk buat tugasan kan.




Jom cuba cara mudah untuk mencari Jurnal Pendidikan Malaysia.


Cara 1 :
1. Jika tajuk kajian anda lebih memfokuskan kepada pendidikan di Malaysia, gunakan enjin carian google Malaysia,  google.com.my.

2. Gunakan kata kunci. Jika tajuk kajian anda : Motivasi Guru ke atas pencapaian pelajar.
Gunakan kata kekunci : "Motivasi", "pencapaian pelajar".

3. Tentukan jenis fail. Letakkan .pdf atau .docx dalam kotak carian anda. Maka hasil carian anda akan lebih diperkecilkan kepada bahan-bahan berkaitan.


Cara 2 :
Terus ke laman web e-jurnal tempatan seperti berikut:

Jurnal Pendidikan Malaysia (UKM)
MyJurnalMalaysia (Pendidikan)
Jurnal Pendidik & Pendidikan (USM)
Jurnal Pendidikan Islam
Jurnal Pendidikan (MyAIS)
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Jurnal Teknologi Maklumat & Teknologi Pendidikan (IPG Tun Hussien Onn)
Seminar Nasional 2013 (IAB)
Penerbitan IAB


Cara 3:
Gunakan Google School. Tulis kata kunci atau tajuk  dalam bahasa melayu atau tulis dalam bahasa Inggeris, diikuti dengan perkataan Malaysia.


Selamat mencuba!