Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu Ahad dulu, Sabtu Ahad Sekarang

Sabtu dan Ahad dulu,
Lepas solat, online sekejap,
Buka blog, buka FB,
Buka pintu, buka tingkap,
Semoga rezeki mudah masuk.


Sabtu dan Ahad dulu,
Sarapan dengan mak dan bapak,
Roti cicah kuah, roti canai,
mee goreng, bihun goreng, kewtiau goreng,
nasi goreng, nasi lemak, nasi lemudi,
pulut dan sambal.
Ketayap, karipap dan tepung talam,
seri muka pelengkap menu.


Sabtu dan Ahad dulu,
Makan tengah hari dengan mak dan bapak.
Walaupun menu ringkas, tapi sedap.
Nasi putih, ikan goreng, ikan kari, ikan tempoyak,
ayam goreng, ayam bakar, ayam kurma,
sayur campur, sayur goreng
udang dan sotong goreng tepung.
sambal tempoyak, sambal belacan dan sambal kicap.
Makan malam dengan mak dan bapak
Walaupun menu sama, tapi menyelerakan.


Sabtu dan Ahad dulu,
Makan petang dengan mak dan bapak,
sukun goreng, pisang goreng,
roti bakar, roti sandwich,
karipap, pau dan keropok,
kadang-kadang hanya teh dan biskut.
sambil makan, sambil tengok tv.


Sabtu dan Ahad dulu,
membeli belah dengan mak dan bapak,
Kadang-kadang di pekan kuala je,
tapi sekali sekala ke Ipoh dan Taiping.
Tesco, Gaint, Mydin, Jusco, The Store, Kedai 1Malaysia,
Kedai Runcit PSA, Pasar Mini Kuala Kangsar dan Pasar Mini Seri Kawan,
kami datang memborong barang


Sabtu dan Ahad dulu,
bila menonton tv, banyak rancangan yang menghiburkan,
bila buka blog, banyak yang hendak ditulis
bila membaca buku, banyak cerita yang menarik


Tapi Sabtu dan Ahad sekarang,
rancangan tv tidak menghiburkan,
tiada idea utuk menulis blog,
membaca akan melelapkan mata.


Saya rindu rumah,
rumah saya di kuala kangsar
tempat mak dan bapak sentiasa menanti saya pulang.
dan ketika saya menulis entri ini,
mak call saya,
macam tahu saya sedang teringatkan mereka...


Baca seterusnya: Petang dahulu, Petang Sekarang