Sabtu, 1 Ogos 2015

Tawaran Biasiswa TNB Tahun 2015 Peringkat Sarjana Muda




Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2015.


1) BIDANG PENGAJIAN

Ijazah Sarjana Muda

  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan



2) SYARAT & KELAYAKAN


  • Lulus STPM 2014 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50 atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asas 2015 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50
  • Berumur tidak melebihi 22 tahun sebelum atau pada 31/12/2015
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa dari YTN
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru Semester Pertama tahun 2015 yang telah mendapat tempat di IPTA



3) CARA MEMOHON

Permohonan perlu dibuat secara “on-line” mulai 22 Julai 2015 (Rabu) melalui laman web seperti berikut:




4) TARIKH TUTUP PERMOHONAN


  • Tarikh tutup permohonan secara “on-line” adalah pada 28 Ogos 2015 (Jumaat).
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Senarai calon yang berjaya untuk di temuduga akan dipaparkan di laman web seperti yang tertera di atas, dijangka pada 7 September 2015 (Isnin).
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan/ maklumbalas dalam tempoh Tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan, adalah dianggap tidak berjaya.



5) PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, mengenai Tawaran Biasiswa TNB Tahun 2015 Peringkat Sarjana Muda, sila hubungi:·

Yayasan Tenaga Nasional,
Aras 1, Blok BB, Universiti Tenaga Nasional, 
Jalan IKRAM-UNITEN, 
43000 Kajang, Selangor. · 
No. Tel : 03-8924 7500 · 
Faks. : 03-8924 7501 · 
Emel : infoytn@tnb.com.my