Sabtu, 15 Ogos 2015

Tips Mudah Elak Mengantuk Dalam Kelas



  1. Niat untuk belajar. Mulakan dengan bismillah dan doa. Set otak untuk fokus untuk belajar dalam kelas.
  2. Minat. Meminati semua subjek dan pensyarah yang mengajar.
  3. Minum. Berdasarkan kajian saintifik, otak manusia memerlukan 80% air. Kita berasa menngantuk sebab oksigen kurang disalurkan ke otak, walaupun hidung kita tidak berhenti bernafas. Namun bila meminum air, bendalir badan akan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.
  4. Makan asam. Asam yang masam menyebabkan deria rasa kita berfungsi dan muka kita akan berkerut melawan rasa masam jadi mengantuk boleh hilang
  5. Aktif dalam kelas. Ambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran. Selalu bertanya atau memberi pandangan.
  6. Cukup tidur. Menurut kajian, pelajar memerlukan tidur 6 ke 8 jam. Tidurlah lebih awal dari pukul 10pm hingga 6am.


                 

  7. Keluar sekejap. Selepas cuba menahan mengantuk tetapi masih gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta. Sila pergi ke tandas dan basuh muka.
  8. Duduk di depan. Bila duduk depan sekali dan berdekatan pensyarah, kebarangkalian nak mengantuk tu kecil.
  9. Buat senaman ringkas. Bila buat senaman ringkas ini maka badan dan otot kita akan bergerak. Jadi segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon dalam badan untuk kembali cergas
  10. Pandang sekeliling dan elemen hijau. Jangan asyik fokus pada satu tempat dan hanya pandang muka pensyarah atau screen. Disarankan agar pandang lah sekeliling atau elemen hijau untuk hilangkan rasa mengantuk.
  11. Urutan bahu dan bahagian belakang. Suruh kawan yang duduk di sebelah urutkan bahu dan belakang. Namun jangan sekali-kali mengurut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tidur lebih lena.
  12. Cuba meminati semua subjek: Jangan benci subjek dan pensyarah yang mengajar. Bila ada perasaan benci, sudah pasti nak tidur dan lelap saja dalam kelas.



    Mudah je la lawan rasa mengantuk.
    Selamat belajar!