Selasa, 22 September 2015

PENGALAMAN MENARIK DI MIRI: Part 1

Jom cuti cuti Malaysia di Miri. Ini kali pertama saya ke Miri. Tujuan utama untuk menyertai pertandingan bola jaring pesta PSKPP. Perjalanan dengan kereta ambil masa 12 jam tapi kami naik bas sekolah, 20 jam. Hampir satu hari ooo....


Bas bertolak jam 7.30 pagi. Persinggahan pertama di pasar serian. Singgah sarapan. Tapi di sini juga ada jual produk dari kampung seperti sayur, buah, ikan masin dan bakul anyaman.





Kemudian singgah pula di pekan lachau. Pekan ni macam pekan koboi. Ada sederet kedai saja. Tapi saya excited sangat sebab di sini banyak kedai kraftangan. Cantik-cantik belaka. Dan yang penting, sangat murah banding kuching.





Lepas tu singgah lagi. Kali ni singgah solat dan makan tengah hari di Ulu Layar. Di sini ada R&R. Lepas tu perjalanan diteruskan merentasi sibu. Hentian seterusnya di selangau untuk makan malam. Selepas tu, perjalanan terus ke miri.Kami sampai di Miri menghampiri jam 4 pagi. Tidur di hotel budget, sehari rm60 ringgit untuk sebilik 2 orang.


Keseluruhan, bandaraya miri ni terdiri daripada bangunan tiga-empat tingkat. Kalau nampak yang yang mencakar langit, tu adalah bangunan hotel. Kalau nak tengok keseluruhan bandaraya miri, boleh la ke Kanada Hill. Dari lereng bukit boleh nampak semua bandar miri. Laut pun nampak juga.






Di Kanada Hill ada landmark miri iaitu The Grand Old Lady. Ada juga muzium petroleum. The Grand old lady adalah tapak pertemuan petroleum yang pertama. Kalau ke miri di sini tempat yang wajib dikunjungi.







Gambar ni di mana????  Part 2 akan disambung nanti.