Isnin, 5 Oktober 2015

KEPUTUSAN HLPS 2015 : BERJAYA, ALHAMDULILLAH

Keputusan HLPS 2015 sudah keluar di laman web KPM. Keputusannya, saya berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh masa/Sambilan (HLPS). Alhamdulillah. Dalam ramai-ramai calon yang pergi temuduga, saya calon yang bertuah. Ini adalah pemohonan dan temuduga HLPS saya yang pertama. Saya pergi temuduga pada 6 Ogos 2015, di JPN Sarawak. Penemuduga saya seramai dua orang, iaitu Pengetua Kanan Sekolah Berasrama Penuh dan Pensyarah Kanan IPG. Kedua-duanya memiliki PhD.


Keputusan HLPS


Kalau korang dapat HLPS, korang excited tak? Saya bersyukur sangat.


Di kolej saya mengajar, 3 orang apply HLPS 2015, tapi dua orang saja yang dipanggil temuduga. Cuma saya seorang yang lulus temuduga dan ditawarkan HLPS. Nak express seronok pun serba salah sebab kawan-kawan saya tak dapat. Sedangkan mereka yang tolong saya...tolong ajar saya isi borang, tolong saya buat proposal dan tolong bagi tips semasa temuduga.


Kalau saya terima HLPS, maksudnya saya akan sambung belajar di UNIMAS selama dua tahun. Tak boleh apply tukar la lagu tu. Sedangkan hati saya melonjak-lonjak ingin bertukar ke semenanjung. Dah bosan dah naik belon (^__^)


Jadi, at the first place, kenapa saya apply HLPS?


Sebab saya juga apply untuk HLP dan saya harap sangat saya dapat HLP. Tapi, permohonan saya tak disokong. huhu...redha je la. Cadang saya dulu, saya pergi interview HLPS supaya nanti lebih bersedia untuk interview HLP. Tapi rezeki saya setakat HLPS sahaja.


Jujurnya, saya memang teringin nak memilik sarjana @ master. Sebab saya rasa itu jambatan untuk saya beralih angin.  Jujurnya, nak sangat jadi cuba kerja di IAB. Saya sudah merasa mengajar murid di sekolah dan sedang menjadi pensyarah di kolej matrikulasi, Agak-agaknya macam mana  jadi tenaga pengajar di IAB. Jadi fasilitator untuk pengetua dan senior teachers...menarik kan.


Hati saya berbahagi, nak terima atau tak nak. Kalau saya tolak, saya melepaskan peluang yang orang lain nak. Rugikan. Kalau saya tolak belum tentu tahun ni saya dapat bertukar ke semenanjung tahun ni. Kalau saya tolak HLPS, belum tentu saya dapat HLP tahun depan. Lebih baik saya terima kan, tapi kesian mak bapak saya, jauh dari anak comel mereka ni.