Ahad, 11 Oktober 2015

LAMAN WEB E-PRESTASI https://eprestasi.moe.gov.my/

Laman web e-prestasi https://eprestasi.moe.gov.my/

Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem Maklumat Guru(SMG) sebagai aplikasi  Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.


Asas penggubalan instrumen PBPPP adalah berdasarkan 5 penilaian utama yang sedia ada di KPM:

  • Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  • Kriteria Kecemerlangan (KC) – time based berdasarkan kecemerlangan;
  • Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Standard 4 (Keguruan);
  • Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan PTK tetapi telah ditangguhkan mengikut SPP Bil 4/2011; dan
  • Penilaian Guru Cemerlang.




Modul eprestasi ini diguna pakai oleh semua pegawai pendidikan KPM termasuk JPN, PPD, sekolah, kolej matrikulasi, IAB dan IPG.