Ahad, 11 Oktober 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) 2016


Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015. Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH

1

A1M KUALA LUMPUR
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
LELAKI SAHAJA
2
A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
PEREMPUAN SAHAJA
3
A1M SABAH
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
LELAKI & PEREMPUAN
4
A1M SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
LELAKI & PEREMPUAN


Syarat-syarat permohonan:

  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja. 
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. 
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. 
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
  5. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
  6. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 
    • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
    • Salinan Keputusan UPSR 2015
    •  Sijil Berhenti Sekolah
    • Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015
    • Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
    • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
    • Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan) 
    • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.


Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.




Selamat Memohon !