Rabu, 7 Oktober 2015

PERMOHONAN ONLINE KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

permohonan ke kolej vokasional


Permohonan ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik telah dibuka mulai 5 Oktober 2015 hingga 20 Disember 2015. Kepada semua pelajar tingkatan  tahun 2015 yang berminat untuk memohon, pemohonan boleh dilakukan dalam talian di laman https://sptv.moe.gov.my/pavt3.cfm

Selain daripada borang permohonan online, di https://sptv.moe.gov.my/pavt3.cfm juga terdapat maklumat-maklumat seperti berikut:


  • Institusi dan Kursus yang ditawarkan
  • Syarat pemohonan
  • Carta alir permohonan
  • Info Kursus
  • Panduan Permohonan
  • FAQ

Calon yang ingin melakukan permohonan ini, haruslah memastikan maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah dikemaskini. Oleh itu, calon hendaklah berhubung dengan guru kelas/tingkatan masing-masing. Dapatkan bantuan kaunselor sekolah jika perlu.