Selasa, 6 Oktober 2015

Statistik blog cikguzamrud.com Oktober 2015

Dah lama saya tak kongsikan statistik blog cikguzamrud.com. Dulu banyak viewer, tapi sekarang, sejak setahun yang lalu, purata setiap hari cuma 700 viewer dan purata seminggu 22 ribu viewer. Dulu, pada tahun 2013, 22 ribu viewer tu, untuk sehari bukan seminggu. Tapi itu ketika rajin update blog-lah. Sekarang ni, blog ni, hidup tak mampu, mati tak mahu. hahaha. Kadang-kadang saya pun dah lupa saya ada blog untuk update.




Tapi syukur la jugak, pak cik google masih mesra lagi pada saya. Masih wujud lagi post dari blog saya dalam hasil carian google. Mr Nuffnang pun masih tak nak ceraikan saya. Alhamdulillah. sebab saya pun masih setia dan jujur pada Mr Nuffnang. Masih tak join program alffiate yang lain.





Harap-harap nanti, dapat balik tingkatkan viewer kepada at least 5000 viewer sehari. Tapi, macam mana ye. Apakah yang dicari oleh pengguna google dan relate dengan kerjaya saya. hmmm... insyaAllah, statistik blog akan dibaiki.