Ahad, 11 Oktober 2015

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 TAHUN 2015

tema umum sejarah kertas 3 2015



Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM Tahun 2015 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Berikut adalah tema umum tersebut:



Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.



Sejarah Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan Sejarah SPM. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan. Tema umum ini berberikan supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.


Bagi membantu calon SPM menjawab tugasan spesifik, calon dibenarkan membawa dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.


Kepada semua calon SPM 2015, selamat membuat persediaan menduduki SPM.