Ahad, 24 Januari 2016

Power Point Pertandingan Dapur Solar (Cooking With Nature)

Semasa saya mengajar di sekolah dulu, saya dilantik menjadi guru pembimbing pasukan Dapur Solar/ Solar Oven untuk Karnival Sains dan Teknologi. Saya mula jadi guru pembimbing daripada tahun 2008 hingga tahun 2013. Tujuh tahun. Lama kan. Sempat berevolusi daripada dokumentasi menggunakan folio kepada dokumentasi menggunakan Power Point. Daripada dua orang peserta kepada tiga orang peserta. Daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.


Al-kisah saya terjumpa pendrive lama. Bila tengok Power Point ni, teringat kisah lama. Ketekunan merekacipta dapur solar dan kemudian membuat power point bersama peserta. Bukan senang, dan berhari-hari menyediakannya. Rasa macam rugi pulak dibiarkan Power Point ni hilang bersama pendrive lama ni lagi. Jadi saya kongsikan di sini. Mungkin ada yang teringin nak tengok untuk rujukan. Tapi terpaksa la tukar format kepada video untuk menjaga hak cipta pasukan yang bertanding


Tahun 2013


video



Tahun 2012


video

Semoga perkongsian ni berguna untuk cikgu-cikgu guru pembimbing dan peserta Cooking With Nature Science and Technology Carnival. Kalau nak tengok banyak lagi contoh dapur solar, jemputlah tengok rakaman video Pertandingan Dapur Solar Peringkat Daerah Kuala Kangsar.



Happy 2016

Happy 2016 darlings. Semoga tahun 2016 adalah tahun happy untuk korang semua. Doakan saya juga sentiasa happy. Tahun ni, saya ada tagline baru, kononnya nak lawan tagline Dr Vida, Qu Puteh, QuPuteh, Qu Puteh, Barulah Puteh. Tagline saya, I want to be happy, I just care to be happy, I'm happy. Bunyi macam pelik je kan. Tapi itulah kenyataannya, saya nak happy.happy happy. InsyaAllah.




Jadi, tahun ni, saya nak cuba seimbangkan aura dalam diri saya, supaya nampak ceria. Kalau ada orang buat saya sedih lagi, tahun ini saya akan serang habis-habisan. Kalau saya tak balas di dunia ni, saya tuntut saham di akhirat.


Cara nak happy senang je. Ikut lima tips ini iaitu,

(1) Jangan membenci,
(2) Jangan risau
(3) Selalu memberi
(4) Jangan meminta dan
(5) Kehidupan yang ringkas


Senang je kan. Jadi jom kita happy.  I want to be happy, I just care to be happy, I'm happy. Yupp, i want to share my happiness with the others and create happiness for other too. Fokus utama saya adalah anything that is happy. happy. happy.