Ahad, 14 Februari 2016

Hari Anugerah Tahun 2002

Inilah buku program Hari Anugerah Tahun 2002. Zaman saya tamat tingkatan 5. Masih elok lagi. Nak simpan sampai anak cucu.

Hari Anugerah tersebut kenangan terakhir saya sebagai murid SMK Raja Perempuan Kelsom. Waktu ambik sijil tu, terasa macam menghadiri konvokesyen pulak sebab dah habis sekolah menengah baru dapat anugerah, sepanjang tingkatan 1 sampai 5, pergi hari anugerah tu tak pernah.




Zaman saya sekolah dulu, saya suka subjek sejarah sebab boleh buat nota berwarna warni. Cikgu sejarah saya tak kisah, samada buat nota guna pensel, pensel warna atau pen warna. Tak terikat dengan pen biru dan hitam je. Pernah sampai satu tahap saya suka sejarah sampai nak jadi ahli arkeologi, dan cari harta karun macam cerita Indiana Jones.