Jumaat, 25 Mac 2016

Syarat Memohon ke Kolej Vokasional (Menjurus ke Diploma Vokasional Malaysia)

Berikut adalah  syarat umum dan syarat khusus bagi murid tingkatan 3 yang berminat untuk memohon ke Kolej Vokasional. Program adalah menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia.




Bahagian A: Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana 


SYARAT UMUM


  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  4. Calon sihat tubuh badan ;
  5. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  6. Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  7. Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  8. Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS


  1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  2. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).



Bahagian B: Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional


  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  3. Calon sihat tubuh badan ;
  4. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  5. Calon bebas daripada masalah mental;
  6. Calon berminat dengan program dipohon;
  7. Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  8. Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.



klik di sini untuk mengetahui 10 Fakta Penting Mengenai Sijil Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia dan Kolej Vokasional 

IKLAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN (PPP) GRED DG41 DI SABAH DAN SARAWAK



Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406. Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Jawatan/ Gred Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan

Jadual Gaji                           :

Gred Gaji
Gaji Minimum
 (RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG291,589.005,137.00145.00
DG411,917.008,652.00225.00


Syarat Lantikan


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29

(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau

(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).

(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).


Syarat-syarat Lain



  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
  2. Lulus Ujian Psikometrik;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
  4. Sihat tubuh badan;
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
  6. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap
  7. Taraf Jawatan : Tetap

Lampiran



Senarai Opsyen Sekolah Menengah

BIL.OPSYEN
SABAHSARAWAK
1BAHASA ARABBAHASA MELAYU
2BAHASA CINABIMBINGAN DAN KAUNSELING
3BAHASA INGGERISGEOGRAFI
4BIMBINGAN DAN KAUNSELINGKEMAHIRAN HIDUP
5KEJURUTERAAN AWAMPENDIDIKAN ISLAM
6KEMAHIRAN HIDUPPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
7MULTIMEDIAMASALAH PEMBELAJARAN
8PENDIDIKAN ISLAMMASALAH PENDENGARAN
9PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANMASALAH PENGLIHATAN
10MASALAH PEMBELAJARANPENDIDIKAN MORAL
11MASALAH PENDENGARANPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
12MASALAH PENGLIHATANPENGAJIAN MALAYSIA
13PENDIDIKAN MORALSAINS RUMAH TANGGA
14PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONALSAINS PERTANIAN
15PENGAJIAN MALAYSIASEJARAH
16SAINS RUMAH TANGGASENI
17SAINS PERTANIANTEKNOLOGI MAKLUMAT
18SENI
19SENI DAN SENI REKA
20TEKNOLOGI MAKLUMAT

Senarai Opsyen Sekolah Rendah

BIL.OPSYEN (SARAWAK)
1BAHASA CINA
2BAHASA INGGERIS
3MUZIK
4PEMULIHAN
5PENDIDIKAN ISLAM
6PENDIDIKAN JASMANI
7PENDIDIKAN SENI VISUAL
8PRA - SEKOLAH


Selamat memohon bah!

Sumber:
Web SPP

Selasa, 22 Mac 2016

Koleksi Jurnal Pendidikan

jurnal pendidikan


Koleksi Jurnal Pendidikan berikut dikongsikan oleh Dr OT.  Saya repost untuk rujukan saya. Tapi saya rasa, ia juga bermanfaat pelajar pendidikan dan juga cikgu-cikgu. Cikgu sekarang harus buat kajian tindakan dan PLC. Jadi, boleh la cari idea dari sini.


Berikut contoh 25 leading topical jurnal dlm bidang SCIENCE EDUCATION:

1. SCIENCE Education
2. SCIENCE and Education
3. International Journal of SCIENCE Education
4. SCIENCE and Mathematics Education
5. Autraliasian of SCIENCE Education journal
6. Cultural Studies of SCIENCE Education
7. Electronic Journal of SCIENCE Education
8. International Journal of Environmental & SCIENCE Education
9. International Journal of SCIENCE Education
10. Journal of Computers in Maths and SCIENCE Teaching
11. Journal of SCIENCE Education and Technology
12. Journal of SCIENCE Teacher Education
13. Research in SCIENCE & Technological Education
14. Journal of Research in SCIENCE Teaching
15. Journal of SCIENCE Teacher Education
16. Research in SCIENCE Education
17. School SCIENCE Review
18. SCIENCE Educator
19. School SCIENCE and Mathematics
20. SCIENCE Scope
21. SCIENCE Teacher
22. California SCIENCE Teachers Association Journal
23. Journal of College SCIENCE Teaching
24. Journal of Environmental Education
25. Journal of Chemical Education

Berikut pula adalah journal yang boleh dirujuk sebab masih dalam bidang education tetapi bukan Topical Jurnal kerana tidak melibatkan topik kajian iaitu SCIENCE Education.

Namun anda masih boleh merujuk jurnal2 berikut yang berkemungkinan mempunyai sesuatu yang releven spt teori, methodology mahupun data analisis.

1. Journal of Educational Psychology
2. Review of Educational Research
3. Educational Psychologist
4. American Educational Research Journal
5. Health Education Research
6. Educational Psychology Review
7. Contemporary Educational Psychology
8. International Journal of SCIENCE Education
9. Journal of Engineering Education
10. British Journal of Educational Psychology
11. Educational and Psychological Measurement
12. Educational Technology Research and Development
13. Sociology of Education
14. Studies in Higher Education
15. British Journal of Educational Technology
16. British Educational Research Journal
17. Higher Education
18. Educational Evaluation and Policy Analysis
19. Journal of Higher Education
20. Assessment and Evaluation in Higher Education
21. Harvard Educational Review
22. Journal of Teacher Education
23. British Journal of Sociology of Education
24. Educational Technology and Society.
25. Journal of Educational Research
26. Journal of Education Policy
27. Journal of Planning Education and Research
28. Gender and Education
29. Journal of Educational and Behavior


Isnin, 21 Mac 2016

Mistake must be confess

Terdapat individu yang menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dia buat dihadapan semua orang. Kalau dia ada idea yang lebih baik, dia perlu beri cadangan sebelum dia buat kesalahan. Adakah kita menjadi bangsa yang berjaya jika bersikap lepas tangan dan menyalahkan orang lain?


Ketika saya  berasa tak puas hati dengan individu sebegini, terbaca pula status Dr. Bilal Philips di fb. Dr. Philips adalah pengasas Islamic Online University.


When you've made a mistake, admit it and correct it. Don't let arrogance magnify your mistakes to the point of destruction.


Sebenarnya semua orang melakukan kesalahan. Cuma besar atau kecil. Menganggu atau tidak orang lain. Lebih baik kita munasabah diri dan jangan cepat melatah. Jadilah seperti padi, makin berisi, makin tunduk.

Jumaat, 18 Mac 2016

Uninstall Candy Crush Saga

Dengan rasminya, saya memaklumkan kepada semua rakyat jelata, saya telah uninstall Candy Crush Saga dalam handphone saya. Jadi, saya harap, jangan ada rakyat jelata meragui keazaman saya untuk berhenti main candy crush.
[sila baca semula dengan nada seperti mengumumkan tarikh hari raya]




Haha. Akhirnya saya berhenti pada level 1206 pada tanggal 17 Mac 2016. Saya main game ni sejak Ogos 2014. Sepanjang setahun 7 bulan saya main candy crush, cuma sekali saja saya dapat jackpot. Rekod tersangkut paling lama adalah satu bulan, iaitu pada level 1145.

Saya uninstall game ini untuk banyak niat baik. Saya nak kembali blogging. Saya nak ada lebih masa untuk study. Saya tak nak curi curi main candy crush dalam kelas master...Haha. Lagipun saya sangat puas hati dapat main sampai level 1200.

Ekspo Buku di BCCK, Kuching



Ada macam macam jenis buku dijual di sini. Jom, kita belik-belik naskah ilmu disini. Jika ada yang bermanfaat kita beli. Bolehlah tambahkan ilmu di dada.



Tapi yang saya beli chicken pie. Sedap. Rasa sekali, nak lagi. Chicken pie ni, saya beli di foodcourt yang disediakan bersebelahan ruang ekspo buku.

Sabtu, 12 Mac 2016

Unimas, here I am.



Kenapa saya di sini? Niat asal untuk mengisi masa lapang Sabtu Ahad. Tapi setelah tiga minggu, baru saya sedar bukan setakat mengisi masa pada hari Sabtu dan Ahad tapi menggubah rutin harian saya.

Saya masih lagi mencari penyesuaian sebagai part time student. Rupa-rupanya besar komitmen bila sambung belajar kembali. Kena baca jurnal, buat presentation, buat assignment, bersedia untuk exam...hadir ke kelas.

Doakan, saya berjaya menjadi pelajar cemerlang.