Jumaat, 25 Mac 2016

Syarat Memohon ke Kolej Vokasional (Menjurus ke Diploma Vokasional Malaysia)

Berikut adalah  syarat umum dan syarat khusus bagi murid tingkatan 3 yang berminat untuk memohon ke Kolej Vokasional. Program adalah menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia.




Bahagian A: Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana 


SYARAT UMUM


  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  4. Calon sihat tubuh badan ;
  5. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  6. Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  7. Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  8. Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS


  1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  2. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).



Bahagian B: Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional


  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  3. Calon sihat tubuh badan ;
  4. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  5. Calon bebas daripada masalah mental;
  6. Calon berminat dengan program dipohon;
  7. Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  8. Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.



klik di sini untuk mengetahui 10 Fakta Penting Mengenai Sijil Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia dan Kolej Vokasional