Jumaat, 18 Mac 2016

Uninstall Candy Crush Saga

Dengan rasminya, saya memaklumkan kepada semua rakyat jelata, saya telah uninstall Candy Crush Saga dalam handphone saya. Jadi, saya harap, jangan ada rakyat jelata meragui keazaman saya untuk berhenti main candy crush.
[sila baca semula dengan nada seperti mengumumkan tarikh hari raya]




Haha. Akhirnya saya berhenti pada level 1206 pada tanggal 17 Mac 2016. Saya main game ni sejak Ogos 2014. Sepanjang setahun 7 bulan saya main candy crush, cuma sekali saja saya dapat jackpot. Rekod tersangkut paling lama adalah satu bulan, iaitu pada level 1145.

Saya uninstall game ini untuk banyak niat baik. Saya nak kembali blogging. Saya nak ada lebih masa untuk study. Saya tak nak curi curi main candy crush dalam kelas master...Haha. Lagipun saya sangat puas hati dapat main sampai level 1200.