Khamis, 28 April 2016

Pindah

Saya dapat pindah! dan kawan-kawan office semua tak percaya. Saya pun terkejut jugak. Banyak kali saya semak online, takut tersalah. Tapi alhamdulillah, saya dapat pindah. Sungguh tak sangka, kali pertama mohon untuk tukar, terus dapat. Terima kasih banyak-banyak pada jawatankuasa yang menguruskan pertukaran.


Pindah ke mana? biarlah rahsia. Yang penting dapat balik semenanjung. Hujung minggu dapat jumpa mak dan bapak.

Jumaat, 22 April 2016

Inferens seorang guru

Ketika mesyuarat sedang berlangsung antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yg kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan berkata;

Guru maths: hmmm..sesuatu yg tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.."

Guru muzik: "wahh...bunyi nadanya terletak pada chord c major"

Guru kimia: "ini adalah hasil daripada tindak balas kimia dalam sistem pencernaan "

Guru fizik: "itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit shj, namun hasilnya luar biasa"

Guru biologi : "begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya"

Guru agama :"ini la salah satu penyebab batalnya wuduk".

Guru geografi : "kedudukannya mengikut arah mata angin"

Guru kaunseling: "perilaku ini x selari dengan perilaku manusia yg bertamadun"

Guru bahasa : " perkataannya boleh ditulis, tapi aromanya tak dapat diungkapkan dengan kata2"

Guru sejarah : "salah satu penyebab berlakunya perang mulut"

Guru besar : "sememangnya saya yang kentut...besar betulkah masalahnya???"


😆😆


Diskaun 50% Buku Terpilih


Unsur baru dalam Jadual Berkala

Pandainya saintis yang jumpa unsur ni. Tak ade satu pun ciri kimia dan ciri fizikal yang selari dengan unsur lain dalam Jadual Berkala.



unsur Girl yang dijumpai, unsur Boy bila pulak?

Sabtu, 16 April 2016

DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN PEGAWAI KERAJAAN

Pernahkah anda terfikir untuk berhenti kerja?


Jika anda pegawai kerajaan, dan ingin berhenti kerja, apakah yang perlu dilakukan? Perlu isi borang atau tulis surat perletakkan jawatan? Notis perletakkan jawatan perlu dibuat dalam masa sebulan atau tiga bulan? Bolehkah letak jawatan serta merta?

Bagi mengetahui prosedur untuk letak jawatan sebagai pegawai kerajaan, bolehlah rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2015 :DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DANPELETAKAN JAWATAN. Ini adalah pekeliling terbaharu. Dalam pekeliling ni, dilampirkan format untuk notis berhenti kerja serta semua info yang harus kita tahu sekiranya ingin berhenti kerja dengan kerajaan.





Tapi kenapa perlu berhenti kerja? Kerana kurang minat? kerana tak suka bos? kerana tak suka budaya kerja? kerana peluang kerjaya yang lebih baik? tak dapat mengembangkan potensi diri? tidak dihargai? stress keterlaluan? berkahwin? menjaga anak? ingin berpindah? sambung belajar? Masing-masing ada sebab kenapa mereka ingin berhenti kerja. Kalau saya berhenti kerja, apakah sebab utama? 





If you want to change something you've never had, the you've got to do something you've never done. 

PERINTAH AM BAB C: CUTI



Apakah cuti yang cikgu boleh mohon selain CRK, cuti bersalin dan cuti menunaikan haji? Bilakah kita layak untuk memohon cuti tanpa rekod? Persoalan dalam minda saya, bolehkah saya ambil cuti tanpa gaji selama dua tahun.

Jom kita baca dan fahami persoalan tentang cuti pegawai kerajaan, termasuk cikgu.









Kemaskini:

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016: Kemudahan Cuti Kuarantin berkuatkuasa 1 Januari 2017 dibaca bersama perintah Am Bab C: Cuti.  Sila rujuk [ di sini ] mengenai pekeliling cuti kuarantin.




Jumaat, 15 April 2016

SEMAKAN TAWARAN CALON JAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017



Kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2015, anda boleh membuat semakan tawaran ke program matrikulasi mulai 14 April 2016. Semakan tawaran boleh menggunakan 2 kaedah iaitu SMS atau online.

Semakan melalai SMS:


Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 980704085973


Semakan dalam talian:



Aplikasi Semakan Tawaran Program Matrikulasi [ klik di sini ]



Rayuan ke Program Matrikulasi:


Rayuan boleh dilakukan bermula 14 – 27 April 2016  

  • Secara dalam talian, atau
  • Datang sendiri  ke Bahagian Matrikulasi KPM, bersama salinan keputusan SPM yang disahkan, atau
  • Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. 


Tarikh pendaftaran:


Pendaftaran online bermula pada 9 Mei 2016 dan berakhir 31 Mei 2016.

Pendaftaran ke kolej matrikulasi masing-masing pula berdasarkan ketentuan berikut:


5 Jun 2016 (Ahad)

KMPerlis, KMLabuan, KMJohor, KMPerak,

6 Jun 2016 (Isnin)

KMNegeri Sembilan (Bagi pelajar baharu dari N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang)

7 Jun 2016 (Selasa) 

KMNegeri Sembilan (Bagi pelajar baharu SELAIN dari N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang), KMMelaka, KMPulau Pinang, KMKedah, KMSarawak, KMARA Kuala Nerang, KMARA Kulim, KMTeknikal Pahang, KMTeknikal Johor.


Klik di sini untuk ke laman web kolej matrikulasi KPM.


Diskaun 50% Buku Terpilih

Isnin, 11 April 2016

Cara Penulisan Mengikut APA

Pening kepala kan kalau pensyarah suruh baca manual book APA untuk tulis assignment kan.

Di sini saya kongsikan serba sedikit cara penulisan berdasarkan APA.






Membantu tak? bagi saya novice learner ni, slide ni sangat membantu, terutamanya untuk buat citation.