Jumaat, 13 Mei 2016

Pizza Pezzo

Pizza Pezzo. Bila sebut tentang Pezzo, saya terbayang kepingan piza dengan topping yang penuh di atasnya. Harganya lebih murah berbanding piza dari Pizza Hut ataupun bakeri tempatan. Sekeping hanya RM6.90 sahaja. Dan sekeping tu dah cukup kenyang untuk lunch.





Waktu awal-awal restoran Pezzo dibuka, Restoran Pezzo sangat viral sebab murah, sedap dan topping yang banyak pilihan. Saya sanggup drive jauh sampai ke gaint Samariang semata-mata nak makan Pezzo.


Restoran Pezzo ni anak syarikat Sugar Bun. Kalau ada kat Malaya, memang terbaek. Sebab Pezzo adalah piza jenama tempatan, berbeza dengan Pizza Hut dan Domino, tuu org luar punya brand.

Restoran Sugar Bun

Restoran Sugar Bun adalah rangkaian restoran francais yang berasal daripada Sarawak. Pergi je mana-mana tempat kat bumi kenyalang ni, pasti akan jumpa restoran Sugar Bun.


Warna logo Sugar Bun ni macam KFC, dan banyak menu di sini yang sama dengan KFC. Jadi saya tanya orang tempatan, kalau pergi Sugar Bun nak makan apa? Kalau ayam goreng saya suka KFC, dan burger saya suka McD. Jadi beliau cadangkan set nasi ikan ni.





Sedap. Ikan digoreng garing. Tidak hanyir. Dihidangkan dengan jelatah timun, sambal dan kicap. Beli sekali, boleh beli lagi. Banyak lagi menu tempatan yang ada di Sugar Bun. Berbaloi untuk dicuba.


Hari-hari akhir di Kuching (^_^)
Tak minta tukar ke?
Restoran Sugar Bun

Tak minta tukar ke?

Tak minta tukar ke? Tanya driver teksi dalam perjalanan pulang daripada lapangan terbang Kuching ke rumah. Tentulah minta. Tak ada siapa yang mahu berjauhan daripada keluarga, jawab saya.

Pemandu teksi tu tak tahu, saya dah dapat pindah. Pulang ke Kuching untuk serah tugas dan uruskan semua barang-barang saya.



Sepanjang perjalanan, dari Airport KLIA, Airport Kuching, sampai ke rumah saya menikmati pemandangan sekeliling saya. Kalau boleh tak nak lupakan moment ini. Lepas ni, tak tahu bila lagi akan datang ke Kuching. Pasti saya merindui pemandangan awan, laut dan sungai dari kapal terbang. Pasti saya akan merindui setiap perusuk kuching dan pasti saya akan rindu orang-orang Sarawak yang sangat berwatak 1 Malaysia.

Rabu, 11 Mei 2016

Sajak: Ceritanya oleh Cikgu Dato Ruslan Madon



Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bsuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tidak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang..


Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tidak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mgajar dipendek2,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..


Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat,kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat..


Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu megajar didepan kelas,
Ada murid dibelakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk SATU kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!


Ceritanya,
Esok-Esok,
Keputusan peperiksaan keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Ibu bapa tidak sabar-sabar,
Mesti keputusan anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..


Ceritanya,
Bila keputusan mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis minta ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,cikgu disalahkan,
Konon cikgu tidak berkelayakan,
Ilmu yang ada tidak cukup padan..
Ibu bapa melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dpt keputusan A one..!


Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tidak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tidak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini,aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yg cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih..


Hasil Karya:
Dato Ruslan Madon,
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.






Selasa, 10 Mei 2016

Salam Ziarah daripada Cikgu Zamrud : Part 3

Salam Ziarah semua. Lama sungguh saya tak buat blogwalking. Kali terakhir bulan Oktober 2015. Rindu rasanya nak tengok blog blogger hebat-hebat ni.Nampaknya macam blog mereka dah banyak berbeza. Program affiliate yang mereka sertai pun dah berkembang. Kalau dulu, kebanyakkan join Nuffnang sahaja, tapi sekarang ni ramai blogger join program affiliate Lazada, klikjer, jobdirumah, bookcafe dan lain-lain lagi. Ada jugak yang dah join googleadsense. Makin hebat blogger-blogger ni.


Tengok blog mereka, saya pun sign up untuk klikjer, bookcafe dan lazada. Tapi lazada masih belum confirm registration saya. Jobdirumah pulak, nak sign up kena bayar, RM 50. Banyak jugak tu. Terus tak jadi. Kalau nanti, aktif semula menulis blog, baru la boleh consider investment untuk blog. Sekarang ni, cukup la tempias sikit-sikit daripada nuffnang tu. Lagipun tujuan asal saya tulis blog sekadar nak berkongsi pandangan, dan isu pendidikan disekeliling saya je.




Buat masa ini, blog-blog yang sempat saya singgah, sambil intai program affiliate yang mereka sertai:




Saya teruja bila tengok ramai blogger dipanggil untuk review produk. Teringin jugak nak jadi macam mereka. Tapi macam mana ye dapat peluang untuk review produk?


Kalau beli ebook, contohnya RahsiaRezeki ni, mungkin dapat bantu saya, dan semua yang mahu meningkatkan pendapatan. Bukan being meterialistic, tapi kena sediakan payung sebelum hujan kan. Biarla simpanan kita cukup untuk anak cucu.




Isnin, 9 Mei 2016

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL AMBILAN 2016

Permohonan ke Kolej Vokasional ambilan 2016 dibuka sekarang sehingga 12 Mei 2016. Semakan keputusan permohonan adalah mulai 6 hingga 12 Jun 2016. Pendaftaran ke Kolej Vokasional adalah pada 16 Jun 2016. Kolej Vokasional menawarkan program Diploma Vakasional Malaysia untuk lepasan PT3 (tingkatan 3). Program ini adalah selama 3 tahun.


Maklumat lanjut mengenai Sijil Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia dan Kolej Vokasional boleh diketahui di sini.

Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan Jun 2016 boleh dilakukan di atas talian di aplikasi KPM. (klik di sini)





SYARAT UMUM DAN KHUSUS
PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)


SYARAT UMUM

 Calon adalah Warganegara Malaysia;
 Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan
Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
 Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yang
merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
 Calon sihat tubuh badan ;
 Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan
(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan
kerja amali);
 Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
 Calon bebas daripada masalah mental ; dan
 Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS

 Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan
PT3); dan
 Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

5 Sebab Kurus Dengan GC X Factor

GC X Factor minuman kesihatan mempunyai fungsi empat dalam satu iaitu membakar lemak, detoks, meningkatkan tenaga, pemutihan dan pemulihan kulit. Kesan awal daripada pengambilan GC X Factor dapat dilihat dalam masa 3 hari. Menjelang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri, kami membuat promosi besar-besaran iaitu beli 2 percuma 1. Cara pembelian adalah seperti berikut:


Sms.whatsapp:  

fiza 0196428422 (stokis VIP)

GC X Factor

1 BOTOL - RM80 (SJUNG) ;RM85 (SS)
2 BOTOL FREE 1 BOTOL - RM160
(add rm10 utk pos laju sjung , rm15 utk SS)


GC X factor


Dipasaran, terdapat banyak produk kesihatan, tetapi kenapa anda perlu cuba GC X Factor?

GC X Factor mempunyai campuran makanan sunnah iaitu buah delima dan habbatussauda. Buah delima mengandungi kandungan antioksida yang tinggi manakala habbatussauda dapat menggurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Pengambilan kedua-dua makanan sunnah ini dapat mencegah daripada pelbagai penyakit dan membantu memyembuhkan penyakit.


GC  X Factor adalah minuman kesihatan yang mudah diambil. Hanya minum dua sudu besar, dua kali sehari. Sekali pagi, dan sekali lagi malam sewaktu perut kosong. Amat sesuai untuk yang tidak suka minuman yang perlu dibancuh atau pil.


GC X Factor mempunyai rasa beri. Sedap. Tidak manis dan tidak masam. Tidak berbau. Ia dibotolkan dalam botol sangat cantik dan kemas.

GC X factor slimming
hirup-hirup dah slim

Kesan yang cepat, iaitu seawal 3 hari. Pengambilan 3 botol secara berturut-turut akan memberi kesan maksima. Amat sesuai untuk persiapan bulan Ramadan dan Hari Raya kelak.


Ramuan utama adalah GARCINIA CAMBOGIA dan RASBERRY KETONE. Garcinia cambogia dapat menahan penghasilan enzim penyebab lemak dan menyebabkan badan susah menghasilkan lemak. Ia  juga mengurangkan selera makan. Rasberry ketone pula digunakan untuk menghapuskan lemak.


GC X Factor promosi


Antara personaliti terkenal yang telah mencuba GC X Factor slimming product adalah Siti Nordiana, Sharifah Sakinah dan Zila Bakarin. Testimoni mereka dan pengguna GC X Factor, klik di sini.


Dapatkan segera GC X Factor untuk slim, detok, fat burner, whitening dan sihat. Promosi beli dua percuma satu adalah terhad! Siapa cepat, dia dapat!.