Isnin, 9 Mei 2016

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL AMBILAN 2016

Permohonan ke Kolej Vokasional ambilan 2016 dibuka sekarang sehingga 12 Mei 2016. Semakan keputusan permohonan adalah mulai 6 hingga 12 Jun 2016. Pendaftaran ke Kolej Vokasional adalah pada 16 Jun 2016. Kolej Vokasional menawarkan program Diploma Vakasional Malaysia untuk lepasan PT3 (tingkatan 3). Program ini adalah selama 3 tahun.


Maklumat lanjut mengenai Sijil Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia dan Kolej Vokasional boleh diketahui di sini.

Permohonan ke Kolej Vokasional Ambilan Jun 2016 boleh dilakukan di atas talian di aplikasi KPM. (klik di sini)





SYARAT UMUM DAN KHUSUS
PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)


SYARAT UMUM

 Calon adalah Warganegara Malaysia;
 Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan
Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
 Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2015 yang
merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
 Calon sihat tubuh badan ;
 Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan
(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan
kerja amali);
 Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
 Calon bebas daripada masalah mental ; dan
 Calon berminat dengan program dipohon.


SYARAT KHUSUS

 Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan
PT3); dan
 Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).