Jumaat, 13 Mei 2016

Restoran Sugar Bun

Restoran Sugar Bun adalah rangkaian restoran francais yang berasal daripada Sarawak. Pergi je mana-mana tempat kat bumi kenyalang ni, pasti akan jumpa restoran Sugar Bun.


Warna logo Sugar Bun ni macam KFC, dan banyak menu di sini yang sama dengan KFC. Jadi saya tanya orang tempatan, kalau pergi Sugar Bun nak makan apa? Kalau ayam goreng saya suka KFC, dan burger saya suka McD. Jadi beliau cadangkan set nasi ikan ni.





Sedap. Ikan digoreng garing. Tidak hanyir. Dihidangkan dengan jelatah timun, sambal dan kicap. Beli sekali, boleh beli lagi. Banyak lagi menu tempatan yang ada di Sugar Bun. Berbaloi untuk dicuba.


Hari-hari akhir di Kuching (^_^)
Tak minta tukar ke?
Restoran Sugar Bun