Jumaat, 13 Mei 2016

Tak minta tukar ke?

Tak minta tukar ke? Tanya driver teksi dalam perjalanan pulang daripada lapangan terbang Kuching ke rumah. Tentulah minta. Tak ada siapa yang mahu berjauhan daripada keluarga, jawab saya.

Pemandu teksi tu tak tahu, saya dah dapat pindah. Pulang ke Kuching untuk serah tugas dan uruskan semua barang-barang saya.



Sepanjang perjalanan, dari Airport KLIA, Airport Kuching, sampai ke rumah saya menikmati pemandangan sekeliling saya. Kalau boleh tak nak lupakan moment ini. Lepas ni, tak tahu bila lagi akan datang ke Kuching. Pasti saya merindui pemandangan awan, laut dan sungai dari kapal terbang. Pasti saya akan merindui setiap perusuk kuching dan pasti saya akan rindu orang-orang Sarawak yang sangat berwatak 1 Malaysia.