Rabu, 13 Julai 2016

Tradisi Pasang Panjut Raya di Kuala Kangsar

Dulu-dulu kala, zaman saya masih bersekolah bapak akan suruh kami adik beradik pasang panjut keliling rumah sebelum pergi solat terawih. Kami akan pasang panjut mulai malam 27 Ramadan a.k.a Malam 7 likur. Kononnya biar rumah terang menderang untuk menyambut malam lailatul qadar.  Tapi bila makin dewasa, kami jarang pasang panjut keliling rumah. Bukan sebab tak minat, tapi sebab tak tahu di mana nak beli minyak gas, sumbu dan panjut baru. Lagipun dah ada lampu elektrik yang berwarna warni.


Tahun ni, niat nak pasang panjut masih ada, tapi tak berjaya, sebab tak dapat beli sumbu panjut yang baru. Tapi kami semua pergi ronda ke Padang Rengas dan kampung mak di Lubok Merbau untuk tengok pertandingan panjut.  Kami pergi tengok panjut ni pada 27 ramadan @ malam 7 likur, lepas solat terawih. Gambar ni sebahagian je formasi pajut. ada banyak lagi. gambar-gamar ni pun ihsan dari kawan-kawan. Saya tak dapat nak tangkap gambar sebab jadi driver.







Di kampung bapak saya di kota lama pun, orang-orang kampung akan pasang panjut keliling rumah. tapi tak de la buat formasi yang hebat-hebat. tapi masih cantik. semua rumah bercahaya. Kalau mengikut cerita bapak saya, budaya pasang pajunt di Kuala kangsar ni, bermula di Kota Lama, dan kemudian sebar luas ke kuala kangsar. Pertandingan Panjut di Padang Rengas, dah pun masuk dalam kalender perlancongan, bersama dengan mercun meriam buluh,