Sabtu, 24 September 2016

Si Enchik Biawak

Si enchik biawak ni selalu sangat masuk dalam pagar rumah. Dia la suspect utama punca kehilangan anak-anak kucing. Dulu, waktu zaman kanak-kanak, takut sangat tengok biawak ni, rasa macam tengok buaya. Tapi sekarang, kalau nampak biawak ni, rasa nak kejar je, tak tahu la nape si enchik biawak ni suka sangat masuk pagar rumah.




Bukan setakat mama & papa biawak yang masuk dalam pagar rumah, tapi baby biawak pun ada lagi Scary jugak tengok baby biawak ni dekat-dekat. Meremang bulu roma. Ingatkan ular. Macam mana la baby biawak boleh ada dalam sink. Tapi sink ni di luar rumah ye. Bukan dalam rumah.




Nasib la, duduk kampung. Selalu jumpa biawak.