Rabu, 7 Disember 2016

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL AMBILAN JANUARI 2017

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah menengah teknik ambilan Januari 2017 dibuka sekarang sehingga 25 Disember 2016. Tarikh-tarikh penting permohonan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik adalah seperti berikut:


Temu duga: 3 Januari hingga 15 Januari 2017

Semakan tawaran: 16 hingga 22 Januari 2017

Pendaftaran: 23 Januari 2017

Rayuan: 24 Januari hingga 28 Februari 2017



Kolej Vokasional menawarkan program Diploma Vakasional Malaysia untuk lepasan PT3 (tingkatan 3). Program ini adalah selama 3 tahun. Maklumat lanjut mengenai Sijil Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia dan Kolej Vokasional boleh diketahui di sini.



Permohonan ke Kolej Vokasional  dan Sekolah menengah teknik ambilan Januari 2017 boleh dilakukan di atas talian di aplikasi KPM. (klik di sini)