Rabu, 7 Disember 2016

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2017/2018

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2017/2018 telah dilanjutkan sehingga 24 Disember 2016. Kepada calon-calon SPM 2016 daripada aliran Sains Tulen, Sains Gunaan, Kejuruteraan dan Akaun, anda semua dipelawa untuk memohon. InsyaAllah, nanti boleh sambung belajar di kolej matrikulasi setelah tamat tingkatan 5. dan seterusnya masuk universiti. Senarai Kolej Matrikulasi boleh dirujuk di sini.





CARA PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja. Sila klik di sini untuk memohon.



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup ialah pada 24 Disember 2016. (dilanjutkan)
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.



SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2017 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2016 untuk mengetahui status permohonan.



SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.


Selamat memohon. Saya percaya, anda akan mendapat banyak pengalaman berharga apabila menyambung pelajaran di kolej matrikulasi. Klik di sini untuk melihat pelbagai program yang dijalankan sepajang Sesi 2014/2015 di Kolej Matrikulasi Sarawak.