Sabtu, 25 Februari 2017

Hari Sukan CSKK 2017



Hari ni hari sukan kat clifford. Saya pergi la menyibuk, jumpa kawan kawan lama. Risau jugak kalau nnt tak dapat jumpa diorang, terutamanya yang senior. Ada lebih 10 org cikgu yang berusia +55 tahun dan beberapa org tengah tunggu green light daripada JPA untuk bersara awal. Dua org senior dah pun dapat bersara awal, dan seorang senior meninggal dunia di sebabkan kanser dua minggu lepas. (al fatihah).

Tapi sedihnya, tak dapat jumpa semua cikgu-cikgu clifford ni, sebab sebelum half event, hujan turun, padang basah dan akhirnya acara sukan ditangguhkan. Beberapa acara masih belum dipertandingkan, Johan keseluruhan pun tak tahu lagi. Gambar pun saya tak sempat ambik...

Trend masih sama seperti tiga tahun yang lalu. Ada perarakan masuk perasmi, perbarisan pengawas, unit uniform dan pasukan rumah sukan, relay antara rumah sukan dan antara sekolah. Bila saya pergi tengok hari sukan ni, rasa macam baru semalam je saya pindah dari clifford.