Sabtu, 11 Mac 2017

Cara Memohon Sijil Program Matrikulasi KPM

Cara Memohon Sijil Program Matrikulasi KPM. Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM hendaklah dipohon terlebih dahulu menggunakan borang BMKPM/UDM-05. Pemohon juga perlu menyediakan salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A) serta Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-06).





SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

o Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.

o Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

o Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesaikan dalam tempoh 30 HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan borang permohonan. Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM hendaklah dipohon terlebih dahulu dan permohonan secara walk-in yang memerlukan pada hari yang sama tidak akan dilayan sama sekali.


PERMOHONAN

i) Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan BAHARU (semasa mengemukakan permohonan):

o Borang Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-05) (muat turun di sini)
o Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
o Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumatNama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat. (muat turun di sini)

ii) Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan HILANG / ROSAK (semasa mengemukakan permohonan):

o Bayaran sebanyak RM50.00 hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Sila ambil maklum bahawa Wang Pos / Bank Draf mempunyai tempoh sah laku terhad kepada dua (2) bulan sahaja dari tarikh ia dikeluarkan.
o Borang Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-05)
o Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
o Surat rasmi Permohonan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumat Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat

iii) Borang Permohonan boleh dimuatturun melalui laman sesawang www.moe.gov.my. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui e-mel (sijil.matrikulasi@moe.gov.my) atau pos ke Bahagian Matrikulasi KPM.

PENYERAHAN SIJIL MATRIKULASI KPM

o Dalam keadaan biasa, Sijil Matrikulasi KPM perlu diambil sendiri di Bahagian Matrikulasi selepas Borang Permohonan Sijil Matrikulasi KPM dan dokumen sokongan lain diterima dan disahkan penerimaan oleh pegawai Bahagian Matrikulasi.

o Pemohon yang hadir sendiri untuk mengambil Sijil Matrikulasi KPM perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti kepada pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas. Borang Akuan Penerimaan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-08) yang dikeluarkan pegawai bertugas perlu disahkan oleh pemohon semasa mengambil dokumen.

o Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis melalui Surat Pelantikan Wakil (BMKPM/UDM-07) (muat turun di sini) yang ditandatangani oleh pemohon. Wakil yang dilantik perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Borang Akuan Penerimaan Sijil Matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-08) yang dikeluarkan pegawai bertugas perlu disahkan oleh wakil semasa mengambil dokumen.

o Sekiranya pemohon memerlukan Sijil Matrikulasi KPM diposkan ke alamat surat-menyurat, pemohon perlu menyediakan Pos Ekspres (berukuran 353mm x 250mm) yang lengkap dan jelas diisi dengan nama pemohon, alamat surat-menyurat dan maklumat untuk dihubungi. Nombor rujukan Pos Ekspres perlu dinyatakan dalam borang permohonan.


Borang permohonan Sijil Program Matrikulasi yang lengkap boleh dipos atau diemel ke alamat berikut:


Pengarah, 
Bahagian Matrikulasi, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 6&7, Blok E15, 
Kompleks Kerajaan Parcel E, 
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
sijil.matrikulasi@moe.gov.my