Sabtu, 8 April 2017

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 (e-SSeM)

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 secara online (e-SSeM)



Sukacita dimaklumkan bahawa (PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU(1) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2018 SECARA ONLINE (e-SSeM) ) boleh dilakukan bermula (3 April 2017 ) sehingga (31 Ogos 2017) di (https://essem.moe.gov.my).


Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia
2.Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses


Syarat Kemasukan

1.Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga



Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

1. Zuraini Binti Abu Hassan  Tel : 03-88721620
2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain Tel : 03-88721647
3. Sabariah Binti Abdul Kadir Tel : 03-88721643

Atau emelkan pertanyaan ke :  mohonssem@moe.gov.my