Isnin, 17 April 2017

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di sst6.moe.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar
MOE<jarak>T6<jarak>NoKP atau MOE<jarak>T6<jarak>AngkaGiliran ke 15888


Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017.



MAKLUMAN :

1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018.