Selasa, 25 April 2017

Senarai Tugas Pembantu Makmal Sains Bahagian 2

PENGHURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL SAINS (BAHAGIAN 2)
Berdasarkan Buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal Sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan pada April 2013 oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. 

Senarai tugas Pembantu Makmal di Sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM dihuraikan mengikut gred jawatan iaitu Gred C17/C22(KUP), C22 dan C26. Terdapat perbezaan penghuraian tugas di antara Pembantu Makmal di sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM memandangkan stakeholders yang berbeza bagi institusi­ institusi berkenaan.




Pembantu Makmal Gred C26 (Kolej Matrikulasi dan IPGM)

2.3.1 Pengurusan Makmal Sains

(a) Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains .
(b) Menentukan jadual penggunaan makmal sains berdasarkan bilangan makmal sains, mata pelajaran dan bilangan Pembantu Makmal.
(c) Merancang dan menyelaras pembelian peralatan dan keperluan makmal sains.
(d) Menguruskan penyediaan belanja mengurus makmal sains.
(e) Menyelia pelaksanaan program/aktiviti melibatkan makmal sains.
(f) Memastikan peraturan, panduan dan tatacara keselamatan makmal dipaparkan dalam makmal sains.
(g) Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang telah ditetapkan .
(h) Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, selamat, teratur dan ceria.


2.3.2 Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Peralatan Sains

(a) Memastikan penyimpanan bahan/spesimen/sampel adalah mengikut peraturan pengendalian .
(b) Memastikan keperluan amali disediakan mengikut borang penyediaan radas dan bahan.
(c) Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan dim peralatan sains.


2.3.3 Penyenggaraan Peralatan Sains

(a) Memastikan peralatan makmal disenggara dengan baik dan secara berkala.


2.3.4 Pengendalian Amali Sains

(a) Membantu pensyarah semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
(b) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(c) Menguruskan pengendalian bahan sisa amali mengikut prosedur yang ditetapkan .


2.3.5 5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains

(a) Menyelia dan memastikan pengurusan aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
(b) Memastikan aset makmal sains dilupuskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
(c) Melaksanakan pelupusan bahan sisal bahan kimia seperti berikut:

  1. memastikan bahan sisal bahan kimia dikumpulkan/disimpan sementara di starpelupusan/stor bahan sisa .
  2. memohon peruntukan dari pihak pentadbir kolej bagi tujuan pelupusan.
  3. menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia bagi mendapatkan anggaran/sebut harga pelupusan.
  4. menguruskan pelupusan bahan sisal bahan kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.


2.3.6 Penyeliaan dan Pemantauan

(a) Membimbing Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan .
(b) Menyelia dan memantau Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan.
(c) Menguruskan hal-hal pentadbiran Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan .
(d) Mengenal pasti kursus/latihan yang boleh dihadiri oleh Pembantu Makmal untuk meningkatkan profesionalisme Pembantu Makmal.
(e) Memastikan tugas harian berjalan lancar.


2.3.7 Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Kolej-ISO

(a) Mewakili makmal dalam Jawatankuasa Pengurusan Kolej.
(b) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kolej.


2.3.8 Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Aset Kolej

(a) Mewakili makmal dalam Jawatankuasa Pengurusan Aset Kolej.
(b) Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Kolej).


2.3.9 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Teruskan membaca:
Senarai Tugas Pembantu Makmal Sains Bahagian 1 [ klik di sini ]

Rujukan:
Laman Web JPN Perak [ klik di sini ]