Khamis, 8 Jun 2017

Pertandingan Go Live Al-Mua'llim oleh Sejadah Elektonik Malaysia

Assalamualaikum. Pernah dengar tentang sejadah elektronik Al Muallim kan. Satu-satunya sejadah elektronik yang bacaan solat menggunakan rakaman suara ustaz Malaysia dan menggunakan mazhab syafie. Sejadah al Muallim senang digunakan. Kanak-kanak sekecil 3 tahun pun boleh gunakan. Muslim dan Muslimat dewasa pun boleh gunakan. Sesuai untuk semak bacaan solat dan tertib solat. Dan sejadah Al-Mua'llim ni sesuai dijadikan sebagai hadiah, sebab kotaknya sangat cantik.



Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sejadah elektronik Al-Mua’llim mengadakan Kempen Celik Solat. Salah satu aktiviti  dalam kempen ini adalah sejadah elektronik Al-Mua’llim menawarkan harga istimewa. Satu set Sejadah Elektronik Al-Mua'llim hanya RM170.00 sahaja. Berbaloi-baloikan.



Selain tawaran harga istimewa, sempena Kempen Celik Solat, sejadah Al-Mua'llim juga mengadakan Pertandingan 'Go Live Video Al-Mua'llim. Boleh menang duit raya sehingga RM500.00. Menarik tak? jadi macam nak join Pertandingan 'Go Live Video Al-Mua'llim?


Pertandingan Go Live A-Mua'llim




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Peserta hendaklah membuat LIVE VIDEO FACEBOOK ketika solat menggunakan sejadah Al-Mua'llim.

2. Tag page HQ sejadah Al-Mua'llim iaitu FB:SejadahElektronikMalaysia.

3. Tulis CAPTION yang menarik mengenai Sejadah Al-Mua'llim.

4. LIVE VIDEO boleh dibuat ketika anak solat FARDHU atau SUNAT.

5. LIVE VIDEO hendaklah seawal Dari Niat hingga minimum memberi Salam.

6. Pertandingan bermula daripada 7 June hingga 22 June.

7. LIVE VIDEO bukan dalam setting Private.




Pilihan Pemenang berdasarkan kriteria berikut:


  1. Peserta yang menepati semua syarat diatas.
  2. Live video yang MENARIK, JELAS Dan JUMLAH SHARE yang banyak akan di pilih sebagai pemenang.
  3. Sebanyak 5 pemenang akan dipilih dengan pemenang menerima RM100 CASH setiap seorang.
  4. Pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak HQ Al-muallim. Cash duit Raya akan dimasukkan kedalam Akaun Bank pemenang pada 23 June 2017.


" JOM sertai KEMPEN CELIK SOLAT BERSAMA AL-MUALLIM sempenan bulan mulia RAMADHAN AL-MUBARAK ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat dan PERFECT SOLAT dengannya." In Sha Allah.


untuk pertanyaan boleh contact:
ika-0182121511
fazly-01132916703

Isnin, 5 Jun 2017

PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA Ambilan 2018

PENGAMBILAN FELO KOHORT 2018 UNTUK PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA ANJURAN YAYASAN TEACH FOR MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KPM




Pihak YTFM bekerjsama dengan pihak KPM dalam merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Felo TFM akan mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019, bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah. Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan di bawah Program TFM selama dua (2) tahun, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM.


Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:


  • Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
  • Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2017 hingga bulan September 2017
  • Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM dari bulan Oktober 2017 hingga bulan Disember 2017


KRITERIA ASAS PERMOHONAN

Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
  • Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Berumur 32 tahun ke bawah sebelum 1 Januari 2018
  • Memperolehi minimum "Kredit" bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
  • Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau "Second Class Upper"


CARA PERMOHONAN

Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman web http://teachformalaysia.org/home/apply/


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM adalah pada 16 Jun 2017


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di recruitment@teachformalaysia.org


Semakan Calon Ambilan Kedua dan Rayuan Program Matrikulasi KPM 2017/2018

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Ambilan Kedua Dan Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018


Tarikh penting
Tarikh semakan: 8 Jun 2017
Tarikh daftar: 13 Jun 2017



Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Ambilan Kedua dan Rayuan pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari.

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum atau pada 11 Mei 2017 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:


http://www.moe.gov.my


Sehubungan itu bagi calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017:


  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akaun persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan) & setem hasil

Selamat melangkah ke alam pendidikan tertiary!

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017 PST Semester 2 PDT Semester 4

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II DAN IV, SESI 2016/2017




Keputusan PSPM PST Semester 2 dan PDT Semester 4 boleh disemak pada 20 Jun 2017, mulai jan 10 pagi.

Kaedah semakan:


a) KOLEJ MASING-MASING


Edaran slip keputusan peperiksaan (Mulai 20 Jun 2017)


b) LAMAN WEB

Layari http://www.moe.gov.my
Masukkan: Nombor Kad Pengenalan


c) SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)


Taipkan MOE MAK dan hantar ke 15888
Contoh: MOE MAK 890215025789 Hantar ke 15888


d) TELEFON

i. Kolej masing-masing.
ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4020




Kepada calon-calon PSPM, saya ucapkan tahniah. Semoga dapat menyambung pelajaran di universiti dalam bidang yang dipohon. 

Percutian dan Hotel Terbaik di Santubong, Kuching

Tentu korang teringin pergi Kuching, Sarawak kan. Kalau sebut tentang Kuching, tentu teringat rumah panjang dan pelbagai jenis rumah suku kaum Sarawak, tarian ngajat, pasu Sarawak dan yang penting sekali mesti nak pergi Kampung Budaya Sarawak dan beli ole-ole kraftangan dari Sarawak. Sebenarnya ada banyak lagi yang istimewa tentang Sarawak seperti mendaki gunung, jungle tracking dan memancing. Hutan malar hijau, dengan pokok yang tinggi dan kanopi yang besar serta Laut Cina Selatan luas terbentang sangat sesuai untuk pencinta alam dan sesiapa yang inginkan kedamaian serta memberikan suasana berbeza daripada kehidupan di bandar. Nak tengok buaya pun boleh. Ada ladang buaya!


Aktiviti menarik di Santubong, Kuching


Biasanya, saya akan suggest kawan-kawan yang datang bercuti di Sarawak untuk overnight di Teluk Bandung, Santubong. Teluk Bandung terletak berhampiran dengan pusat bandar Kuching, Hotel yang paling popular di sini adalah Damai Beach Resort. Bermalam di sini best, tak jauh dari pusat bandar tapi dikelilingi dengan pemandangan laut dan hutan hujan khatulistiwa. Di Santubong terletaknya Kampung Budaya Sarawak dan tempat trakking. Boleh trakking sampai puncak Gunung Santubong. Nak pergi memancing pun boleh sebab area ni ada kampung nelayan. Boleh sewa bot nelayan dan minta mereka tolong bawa pergi memancing. Seafood, memang heavan! Perjalanan ke Teluk Bandung Santubong ni pun best, selain daripada pemandangan Gunung Santubong dan Pantai Damai, ada satu bahagian, kita boleh tengok laut lebih tinggi daripada darat. Kalau tak percaya, kena datang sini. Ramai pelancong datang selfie dan wefie di sini.

Damai Beach Resort, Teluk Bandung, Santubong



Pasal tempat penginapan, saya cadangkan Damai Beach Resort Santubong. Resort ini berhampiran dengan Teluk Bandung, Santubong. Damai Beach Resort berkonsepkan kampung nelayan. Bukan macam kampung nelayan di semenanjung tau, tapi resort ni ada offfer bilik penginapan seperti baruk, rumah tradisional suku kaum Bidayuh. Resort ni bertaraf 4 bintang dan yang bestnya resort ini terletak hanya 300 meter dari Pantai Damai. Korang boleh jalan kaki kalau nak ke pantai. Boleh la tengok matahari terbit, matahari terbenam dan bermain pasir di persisiran pantai. Nak mandi laut pun boleh. Selain itu, daripada tingkap bilik sahaja kita dapat melihat pemandangan hutan hujan khatulistiwa.





Damai Beach Resort berjarak 40 minit dengan pemanduan dari Bandar Kuching dan 50 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Bilik-bilik yang ditawarkan di sini sangat elegan. Setiap bilik dilengkapi dengan hiasan moden seperti tingkap-tingkap besar dan lukisan dinding yang artistik. Bilik di resort ini juga serba lengkap dengan perabot seperti TV , katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan tab mandi, dan banyak lagi. Korang juga boleh la menikmati urutan di spa yang disediakan dalam resort ni. Kolam renang pun ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi kalau tak nak berenang di laut, bolah la berenang di kolam renang sahaja.




Damai Beach Resort, mempunyai restoran yang bertaraf empat bintang iaitu Kafe Satang. Kafe ni merupakan kafe utama dalam resort ni. Antara makanan yang di sajikan di sini termasuklah makanan tempatan orang Sarawak dan western. Laksa Sarawak di kafe ni…perghhh! sedapp. Orang Sarawak cakap, nyamannn. Kuah laksa Sarawak di Kafe Satang pekat, pedas, secukup rasa dan rampaian seperti ayam dan udang yang banyak dan segar. Mesti cuba! Rasa Laksa Sarawak original. Kalau korang suka makan makanan bakar-bakar, di sini pon ade. Korang pilih jer nak pakej yang mana. Pakej steamboat ke pakej bbq?? Hahaha jangan pening yer, pilih semua je, seafood fresh. Udang galah, lopster, sotong dan lain-lain lagi.

Sampai sini jela aku nak cerita kat korang. Apa salahnya kalau kali ni korang pergi bercuti di Kuching, Sarawak pulak. Banyak tempat yang korang boleh lawati di sekitar Kuching. Makanan pun banyak sangat. Semua nyamannnn!! So korang jangan nak buang masa okay. Jom la book Damai Beach Resort at teluk secara online sekarang!!! Memang berbaloi dan akan menciptakan kenangan yang indah.