Isnin, 5 Jun 2017

Percutian dan Hotel Terbaik di Santubong, Kuching

Tentu korang teringin pergi Kuching, Sarawak kan. Kalau sebut tentang Kuching, tentu teringat rumah panjang dan pelbagai jenis rumah suku kaum Sarawak, tarian ngajat, pasu Sarawak dan yang penting sekali mesti nak pergi Kampung Budaya Sarawak dan beli ole-ole kraftangan dari Sarawak. Sebenarnya ada banyak lagi yang istimewa tentang Sarawak seperti mendaki gunung, jungle tracking dan memancing. Hutan malar hijau, dengan pokok yang tinggi dan kanopi yang besar serta Laut Cina Selatan luas terbentang sangat sesuai untuk pencinta alam dan sesiapa yang inginkan kedamaian serta memberikan suasana berbeza daripada kehidupan di bandar. Nak tengok buaya pun boleh. Ada ladang buaya!


Aktiviti menarik di Santubong, Kuching


Biasanya, saya akan suggest kawan-kawan yang datang bercuti di Sarawak untuk overnight di Teluk Bandung, Santubong. Teluk Bandung terletak berhampiran dengan pusat bandar Kuching, Hotel yang paling popular di sini adalah Damai Beach Resort. Bermalam di sini best, tak jauh dari pusat bandar tapi dikelilingi dengan pemandangan laut dan hutan hujan khatulistiwa. Di Santubong terletaknya Kampung Budaya Sarawak dan tempat trakking. Boleh trakking sampai puncak Gunung Santubong. Nak pergi memancing pun boleh sebab area ni ada kampung nelayan. Boleh sewa bot nelayan dan minta mereka tolong bawa pergi memancing. Seafood, memang heavan! Perjalanan ke Teluk Bandung Santubong ni pun best, selain daripada pemandangan Gunung Santubong dan Pantai Damai, ada satu bahagian, kita boleh tengok laut lebih tinggi daripada darat. Kalau tak percaya, kena datang sini. Ramai pelancong datang selfie dan wefie di sini.

Damai Beach Resort, Teluk Bandung, Santubong



Pasal tempat penginapan, saya cadangkan Damai Beach Resort Santubong. Resort ini berhampiran dengan Teluk Bandung, Santubong. Damai Beach Resort berkonsepkan kampung nelayan. Bukan macam kampung nelayan di semenanjung tau, tapi resort ni ada offfer bilik penginapan seperti baruk, rumah tradisional suku kaum Bidayuh. Resort ni bertaraf 4 bintang dan yang bestnya resort ini terletak hanya 300 meter dari Pantai Damai. Korang boleh jalan kaki kalau nak ke pantai. Boleh la tengok matahari terbit, matahari terbenam dan bermain pasir di persisiran pantai. Nak mandi laut pun boleh. Selain itu, daripada tingkap bilik sahaja kita dapat melihat pemandangan hutan hujan khatulistiwa.





Damai Beach Resort berjarak 40 minit dengan pemanduan dari Bandar Kuching dan 50 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Bilik-bilik yang ditawarkan di sini sangat elegan. Setiap bilik dilengkapi dengan hiasan moden seperti tingkap-tingkap besar dan lukisan dinding yang artistik. Bilik di resort ini juga serba lengkap dengan perabot seperti TV , katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan tab mandi, dan banyak lagi. Korang juga boleh la menikmati urutan di spa yang disediakan dalam resort ni. Kolam renang pun ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi kalau tak nak berenang di laut, bolah la berenang di kolam renang sahaja.




Damai Beach Resort, mempunyai restoran yang bertaraf empat bintang iaitu Kafe Satang. Kafe ni merupakan kafe utama dalam resort ni. Antara makanan yang di sajikan di sini termasuklah makanan tempatan orang Sarawak dan western. Laksa Sarawak di kafe ni…perghhh! sedapp. Orang Sarawak cakap, nyamannn. Kuah laksa Sarawak di Kafe Satang pekat, pedas, secukup rasa dan rampaian seperti ayam dan udang yang banyak dan segar. Mesti cuba! Rasa Laksa Sarawak original. Kalau korang suka makan makanan bakar-bakar, di sini pon ade. Korang pilih jer nak pakej yang mana. Pakej steamboat ke pakej bbq?? Hahaha jangan pening yer, pilih semua je, seafood fresh. Udang galah, lopster, sotong dan lain-lain lagi.

Sampai sini jela aku nak cerita kat korang. Apa salahnya kalau kali ni korang pergi bercuti di Kuching, Sarawak pulak. Banyak tempat yang korang boleh lawati di sekitar Kuching. Makanan pun banyak sangat. Semua nyamannnn!! So korang jangan nak buang masa okay. Jom la book Damai Beach Resort at teluk secara online sekarang!!! Memang berbaloi dan akan menciptakan kenangan yang indah.