Isnin, 5 Jun 2017

Semakan Calon Ambilan Kedua dan Rayuan Program Matrikulasi KPM 2017/2018

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Ambilan Kedua Dan Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018


Tarikh penting
Tarikh semakan: 8 Jun 2017
Tarikh daftar: 13 Jun 2017



Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Ambilan Kedua dan Rayuan pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari.

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum atau pada 11 Mei 2017 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:


http://www.moe.gov.my


Sehubungan itu bagi calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017:


  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akaun persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan) & setem hasil

Selamat melangkah ke alam pendidikan tertiary!