Sabtu, 29 Julai 2017

KIK : Kumpulan Inovasi dan Kreatif

Apakah KIK


KIK adalah Kumpulan inovasi dan kreatif. KIK dilaksanakan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

  1. Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
  2. Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
  3. Semangat bekerja secara berpasukan
  4. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif
  5. Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja
  6. Dorongan kerja yang tinggi
  7. Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara
  8. Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
  9. Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja.


Definasi Inovasi dan Kreativiti

Innovasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Contoh Inovasi:
♦ Sistem Penempatan Pelajar Praktikum Secara Atas Talian (OPSP) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), iaitu:
“Mengembangkan pangkalan data yang berstatus Intra-Net kepada ExtraNet bagi mempercepatkan proses penempatan pelajar secara atas talian dan meminimumkan penggunaan kertas (paperless) yang menjimatkan masa dan kos”.

Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewu jud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

♦ Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
♦ Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
♦ Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Contoh Kreativiti:
♦ Perkakas untuk Memasang dan Membuka Bunting atau Bendera Pada Tiang Lampu dan seumpamanya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), iaitu:
“Mencipta alat baru bagi memudah dan mempercepatkan proses memasang dan membuka bunting atau bendera pada tiang-tiang lampu tanpa menggunakan kaedah konvensional seperti tangga atau skylift”.

Bidang, Kategori dan Tahap Keberhasilan KIK



Bidang inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi. 


Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi penyampaian 15 perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:
  • Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi; 
  • Budaya Kerja; 
  • Kewangan dan Aset;
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Pengurusan Sumber Manusia;
  • Pengurusan Projek Pembangunan; 
  • Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Faedah KIK

Antara faedah KIK kepada organisasi

• Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru
• Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
• Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja
• Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan
• Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi
• Meningkatkan daya saing organisasi
• Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan


Antara faedah KIK kepada Perkhidmatan Awam

• Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan
• Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan
• Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
• Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders
• Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam


Pendekatan KIK

Pendekatan yang digunakan oleh KIK dalam urusan meningkatkan kualiti kerja ialah mengikut Kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Act) atau P.D.C.A. Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam Kitaran P.D.C.A. adalah seperti di Rajah 1.



Rujukan:

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2016: Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
muat turun ]

Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Tahun 2009.
muat turun ]


Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2016 dikeluarkan bagi menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dikeluarkan pada 1 November 2009.

Jumaat, 21 Julai 2017

Penawar Hidup

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah"
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah


#copypaste


🕌SALAM JUMAAT🕌

Rabu, 19 Julai 2017

Portal e-guru

Portal e-guru dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam portal ini terdapat perkongsian video kaedah-kaedah PdPC dari pelbagai mata pelajaran, samaada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.




Portal e-guru boleh dilayari melalui link berikut:
http://pnp.moe.edu.my/eguru/public/#


Seronok juga saya tengok video-video dalam potal e-guru. PnPC menarik. Ada sesetengah guru yang menggunakan app/software yang tak pernah saya tahu sebelum ni untuk memudahkan proses PdPC.




Tawaran Menjadi Pensyarah di Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Bandar Enstek dan semua Cawangan.




PENSYARAH KANAN GRED DG48, PEGAWAI PEMBANGUNAN GRED DG44 & PEGAWAI PENYUNTING GRED DG41


JAWATAN
BIDANG
TEMPAT
PENSYARAH KANAN GRED DG48
Berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;
 IAB Cawangan Sarawak;
 IAB Cawangan Sabah
PEGAWAI PEMBANGUNAN GRED DG44
Berkaitan dengan Pengurusan dan Pembangunan fizikal
IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan
PEGAWAI PENYUNTING GRED DG41
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Terjemahan
IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:


1. Pensyarah Kanan Gred DG48

a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48
c) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun pada tarikh iklan ditutup.


2. Pegawai Pembangunan Gred DG44

a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana;
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada Gred DG41; dan Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan fizikal
c) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun pada tarikh iklan Ditutup.
d) Mempunyai Diploma atau Ijazah Kejuruteraan


3. Pegawai Penyunting Gred DG41

a) Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b) Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41.
d) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun pada tarikh iklan ditutup.



PERMOHONAN Permohonan jawatan seperti di atas boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut http://sistem.iab.edu.my/sppb mulai 22 JUN 2017 (KHAMIS).



Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 JULAI 2017 (JUMAAT)




Kenyataan Media Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

ELAUN SARA HIDUP PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU




lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa;


i) Bagi pelajar lnstitut Pendidikan Guru (lPG) Program Persediaan ljazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan baharu bulan Jun 2017, bayaran elaun sara hidup RM430.00 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500.00 untuk sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program PPISMP (1 tahun).


ii) Pelajar lPG sedia ada (ambilan sebelum bulan Jun 2017) akan terus menerima elaun seperti yang telah diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430.00 sebulan di samping belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500.00 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.


iii) Bagi pelajar baru ambilan bulan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP - tempoh pengajian empat tahun) tiada elaun diberikan mulai ambilan bulan Jun 2018. Namun begitu, yuran pengajian berjumlah RM27,831 .00 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.


iv) IPGM telah berbincang dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan IPGM sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar lPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai bulan Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.



15 Julai 2017
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
sumber: Web KPM